Uncategorized

Tahniah “Bakal jadi ibu, Ayda Jebat didakwa sudah hamil?”

Siapa sahaja tidak mengenali pasangan selebriti terkenal, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada awal Januari lalu.

Selepas dua bulan bergelar suami isteri, dengar cerita, baru-baru ini mereka dikhabarkan sudah menerima berita gembira! Kalau betul, alhamdulillah.

Memetik penulisan mStar, Ayda didakwa sudah hamil selepas pelakon berkenaan menemui pakar perbidanan dan sakit puan tereletak di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Terdapat sumber dipercayai mengesahkan perkhabaran yang mendakwa Ayda sudah hamil namun usia kandungan masih belum dijelaskan.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih belum disahkan oleh pasangan selebriti berkenaan apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar oleh pihak mStar.

Dalam pada itu, sumber terbabit turut memaklumkan bahawa pasangan itu masih belum sedia untuk berkongsi berita tersebut kepada para peminat dek kerana usia kandungan yang masih baharu.

Menariknya, sebelum ini Ayda pernah memuat naik ciapan meluahkan rasa syukur menerusi laman sosial Twitter miliknya.

“Alhamdulillah.. Syukur atas rezekimu,” tulis Ayda.

Disebabkan Ayda tidak memberi sebarang penjelasan tentang perkongsiannya berkenaan, ciapan tersebut menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mereka menyangka pelantun lagu ‘Parah’ tersebut kini sedang hamil dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Tahniah Ayda nak jadi ‘mommy’ dah

Alhamdulillah dapat ‘baby’

Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Sumber: mStar, Ayda Jebat

ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *