Uncategorized

Patut lah sampai intan Najuwa putus tunang.. Rupa Rupanya sebab…

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila hubungan Intan Najuwa dengan bekas tunang, Razrul Anwar Rusli dikatakan berputik kembali apabil pelakon itu dilihat ada memuat naik foto mesra bersama tunangnya itu namun tidak menjelaskan status hubungan mereka.

 

 

Bagaimanapun terbaru, Intan mengesahkan menerusi satu perkongsian di Insta Story bahawa dia bukan lagi tunang kepada Razrul. Katanya lagi, dia dan bekas tunang sudah bahagia serta gembira menjalani kehidupan masing-masing.

“Alamak ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia. Saya pun dah gembira dengan kehidupan saya,” katanya.

 

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan ada menerima mesej mendakwa Intan meninggalkan bekas tunangnya disebabkan orang ketiga iaitu Zul Ariffin.

Namun, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Razrul gagal apabila mesej yang dihantar tidak dijawab.

Terdahulu, Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018. Namun pada Februari 2020, Intan dilapor mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.

Sumber :https://www.rotikaya.com/intan-najuwa-sah-putus-tunang-zul-ariffin-dikatakan-jadi-punca/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *