Uncategorized

Bila Aafiyah pergi sekolah kenalkan diri sebagai anak Siti Nurhaliza. Kakak dia pula Izara Aishah..

Siti Nurhaliza Nak Aafiyah Jalani Kehidupan Seperti Biasa, Tak Ada Kelebihan – “Saya Nak Dia Membesar Seperti Saya Suka Main Lumpur”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, menginginkan anak perempuannya, Siti Aafiyah, 3, membesar seperti kanak-kanak lain walaupun dia adalah anak selebriti.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin dia masih memberi ruang privasi kepada Aafiyah justeru hanya ada waktu tertentu dia berkongsi telatah puterinya itu di media sosial.

“Sebagai anak seorang selebriti, sudah tentu dapat perhatian. Itu terjadi kepada semua anak selebriti. Ada yang suka tengok keletah Aafiyah..jadi saya akan kongsikan pada waktu tertentu.

 

“Tapi kalau boleh saya nak dia membesar seperti kanak-kanak lain juga. Tak ada kelebihan apa pun dan berharap sampai ke besar dia tidak mempunyai sikap ‘demand’.

“Biarlah dia menjalani kehidupan seperti biasa dan mempunyai kawan. Saya nak dia membesar seperti saya dahulu yang suka main lumpur.

“Cuma bezanya dia anak selebriti, itu saya tak boleh lari dari kenyatan,” katanya kepada Gempak.

Siti ditemui ketika majlis pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids Aafiyah di Skyglass, Cyberjaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu akui sudah mula memupuk dan mengajar Aafiyah dalam bidang perniagaan supaya dapat mewarisi empayar ibu dan ayahnya.

“Selain tahu ibunya seorang penyanyi, saya juga nak Aafiyah sambung legasi ibu dan ayahnya dalam bidang perniagaan. Sebab saya pun dari kecil lagi sudah berniaga kuih-muih.

“Jadi, saya juga mahu mendedahkan ilmu dan pengalaman ketika Aafiyah masih kecil. Buat masa kini, Aafiyah duta kecil produk minuman kesihatan di bawah syarikat CTDK Holdings Sdn Bhd.

“Kami belum ada memikirkan perancangan untuk dia menjadi duta produk syarikat lain sebab keutamaan dia untuk kami sahaja,” katanya lagi.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Selepas 11 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Kini, Siti sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki pada April ini.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/siti-nurhaliza-nak-aafiyah-jalani-kehidupan-seperti-biasa-tak-ada-kelebihan-saya-nak-dia-membesar-seperti-saya-suka-main-lumpur-48471?fbclid=IwAR2h89rm63UIiezaAkKIntYDXxUc4IIiDVcP9vD8Fx9erfPoSudRJuHyA-w

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *