Uncategorized

MUA Bellaz edar karipap ‘free’ buatan sendiri untuk ibu2 hamil, Sempena Birthday nya.

Bagi peminat dunia solekan, pastinya mengenali jurumekap terkenal MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sememangnya akrab dengan peminat.

Selepas berhasrat mahu menaja seorang pengantin yang dianaiya mak andam dengan mekap dan baju busana perkahwinan baru, kali ini MUA Bellaz sekali lagi membuat kebaikkan sempena ulang tahun kelahirannya.

Edar percuma kepada ibu2 hamil

Dalam posting terbaru Bellaz di Instagram, dia telah memuat naik beberapa foto bekas makanan yang terisi karipap pusing frozen yang akan diedarkan secara percuma kepada ibu-ibu hamil.

Apa yang menariknya, jurumekap tersebut memaklumkan bahawa karipap-karipap itu dibuat olehnya sendiri dibantu suami dan beberapa orang lagi secara manual di rumah!

Ikhlas berkongsi rezeki

Selain itu juga, Bellaz memaklumkan bahawa apa yang dilakukan bersama suami adalah ikhlas bagi memenuhi hasrat ibu-ibu hamil yang teringin mahu merasai sendiri karipap pusing buatannya.

Untung siapa yang dapat rasa karipap pusing tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan selebriti media sosial itu yang sangat bermurah hati memberikan hasil air tangannya sendiri kepada orang ramai.

Mereka juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat MUA Bellaz dan mendoakan agar dia dan seluruh ahli keluarga dimurahkan rezeki.

Suami pun bersungguh buat karipap

Terbaik Bellaz!

 

Selamat hari lahir Bellaz

Semoga rezeki sekeluarga makin luas

 

Sumber: Mua Bellaz/ Ohmymedia

 

Artikel Yang Perlu Dibaca Juga :

MUA Bellaz Sudi ‘sponsor’ mekap semula Pengantin Baru

Sejak pagi tadi, tular di media sosial apabila seorang wanita melvahkan rasa ke4l terhadap mak andam perkahwinannya kerana memberikan servis yang sangat menge.cew4kan.

Lebih meny4kitkan hati, pihak butik perkahwinan tersebut langsung tidak dapat menerima tegvran dan mengabaikan mesej yang dihantar.

Nak sponsor mekap

Perkongsian tersebut tular di media sosial sehingga seorang jurumekap profesional atau MUA yang popular di media sosial dikenali sebagai MUA Bellaz tampil mahu membantu dengan memekapkan semula wanita tersebut.

Menurut perkongsian Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, dia mahu menaja mekap serta pakaian pengantin yang lebih cantik untuk mengembalikan keceriaan pengantin baru itu selepas dianiya dan mengalami kerugian akibat mak andam.

Akan bertemu MUA Bellaz lepas PKPB

Pelawaan daripada Bellaz disambut dengan hati terbuka oleh wanita itu yang menggunakan nama akaun Facebook Yana Nazaruddin.

Dia mengucapkan terima kasih dan menjelaskan akan menemui Bellaz sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilonggarkan dan aktiviti merentas negeri dibenarkan semula.

Jelaskan sebab terkllan dengan mak andam

Selain daripada itu, Yana turut menyertakan bukti tentang lu4hannya berkenaan butik pengantin yang ditularkan sebelum ini.

Dia juga menceritakan kembali kejadian yang membuatkan dia sekeluarga berasa terkil4n dengan layanan pihak butik dan perkhidmatan yang disediakan sehingga mer0sakkan hari bahagiannya tempoh hari.

Selain daripada itu, Yana Nazaruddin juga turut berterima kasih kepada semua warganet yang prihatin terhadapnya serta para jurumekap profesional yang sudi menawarkan pakej mekap semula kepadanya bagi memastikan dia memperoleh mood pengantin baru yang telah ‘dir0sakkan’ oleh pihak butik pengantin yang dibayarnya sebelum ini.

“…terima kasih jugak kepada Mua2 yg sudi sponser makeup.” -tulisnya

Sumber: Yana Nazruddin, Nabilah Zulyadaini

via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *