Hiburan Keluarga

Kini Giliran Ardell Aryana Menghadiahkan Mercedes Kepada Suaminya

Sebelum ini, aktor Nadzmi Adhwa melakukan kejvtan dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard kepada isterinya Ardell Aryana sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31.

Berjaya beri kejutan untuk isteri

Terbaru, Ardell yang juga seorang aktres turut membuat perkara sama dengan memberikan hadiah Mercedes Benz C300 kepada Nadzmi demi membalas kejutan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Menerusi laman Instagram, aktor berusia 29 tahun itu berkongsi rasa terharu dengan memuat naik sebuah video memaparkan kereta mewah berkenaan.

‘Birthday’ kau tapi aku yang dapat…

Selamat hari bahagia @ardellaryana. Kalau tiap-tiap hari birthday kau seronok juga kan. Hari-hari aku dapat hadiah 
“Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal beri kejvtan sampai terkentvt-kentvt aku tadi,” tulisnya.

Posting tersebut menerima ucapan hari lahir yang ditujukan buat Ardell daripada pengikutnya selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia serta sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat hari jadi Ardell

Moga bahagia hingga ke syurga

Isteri yang baik & solehah… murah rezeki selalu

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *