Uncategorized

Slumber ja Wanita ini pakai sandal masuk butik, siap beli beg tangan ribu-ribu… paling sempoi bukan bayar guna kad kredit atau debit, tapi hasil…..

SIAPA yang tidak mahu memiliki barang berjenama dan mewah?

 

Seperti wanita ini, keinginannya untuk memiliki barangan berjenama mewah yang pertama tercapai selepas mengunjungi sebuah butik Gucci, baru-baru ini.

 

Gelag4tnya menjadi perhat1an apabila mengira kepingan wang kertas RM20 yang tersusun memenuhi atas rak kaca bagi membuat pembayaran untuk beg tangan jenama itu.

 

Pembeli berkenaan, Siti Mariam Jalaludin mengaku1 ia merupakan barangan jenama mewah pertama dibelinya sambil menambah dia menggunakan hasil simpanannya.

 

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia membuat tabung dengan menyimpan wang kertas RM20 selama lapan bulan sejak Ogos tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

“Saya berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sekeping wang kertas RM20 untuk disimpan sekiranya saya keluar untuk berbelanja.

 

“Jika tak terima duit baki RM20, saya cuba untuk tukar di kaunter bayaran. Prinsip saya mudah, kalau ada duit keluar untuk berbelanja, pastikan ada juga duit yang masuk untuk simpanan,” katanya kepada mStar.

Pekerja butik mengira wang RM20 milik Mieya.

 

Lebih dikenali sebagai Mieya, katanya, simpanan tersebut pada asalnya bertujuan untuk memiliki sepasang kasut jenama sukan terkenal yang diimport dan edisi terhad.

 

Namun, hasrat itu terpaksa dilupakan berikutan penjual semula (reseller) didapati menaikkan harga hingga mencecah kadar di luar kemampuannya.

 

“Kasut import edisi terhad tu semakin mahal sehingga RM6,000 sedangkan simpanan saya dalam tabung cuma hampir RM5,000. Mahal sangat, saya tak mampu,” ujarnya.

 

Menurut anak kelahiran Kuala Selangor, Selangor itu, dia kemudian beralih kepada keinginannya selama ini yang mahu memiliki barangan jenama mewah.

Tabung simpanan wang kertas RM20.

 

Mieya yang merupakan peniaga dalam talian itu bersama rakan mengunjungi butik yang terletak di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

 

“Saya buat semakan harga barang-barang di beberapa laman web terlebih dahulu. Saya mahu pastikan simpanan cukup untuk beli barang yang diidamkan.

“Sebelum ini, saya tak pernah masuk mana-mana butik jenama mewah sebab kalau tak mampu, saya takkan masuk. Memang kena menabung sebab kalau guna duit hasil bisnes rasa membazir.

 

“Saya sendiri seorang peniaga dan reseller, jadi saya tahu macam mana perasaannya kalau orang datang kedai tanya macam-macam tapi tak beli pun,” katanya.

Mieya hanya berpakaian ringkas ketika berkunjung ke butik mewah.

 

Mieya berkata, dia bersyukur kerana dilayan oleh pekerja yang peramah meskipun berpakaian ringkas dan sederhana ketika membeli beg tangan berharga lebih RM4,000.

“Saya tanya pekerja tu, okay ke bayar guna duit semua wang kertas RM20. Dia kata tak ada mas4lah sebab wang kertas RM20 pun duit juga. Mujur pekerja di butik itu baik dan tak pandang rendah pada pelanggan seperti saya.

 

“Saya sebenarnya tak suka show off. Tapi saya mahu buktikan kepada orang lain bahawa saya juga boleh memiliki barang jenama mewah dengan cara berdikari menggunakan wang simpanan,” katanya.

Mieya bergaya bersama dengan beg tangan jenama Gucci.

 

Berkongsi pengalaman, dia berasa lebih yakin untuk meninjau beberapa butik jenama mewah lain di pusat beli-belah sama selepas membeli beg tangan tersebut.

 

“Bila bawa paper bag Gucci memang saya rasa lebih yakin masuk ke butik lain. Saya nampak satu beg tangan cantik di satu butik tu, harganya kira-kira RM16,000.

 

“Agaknya berapa lama kalau nak beli beg tangan tu dengan menabung wang kertas RM20? Mungkin dua tahun hingga tiga tahun,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber, mstar

Via https://live92times.com/wanita-ini-pakai-sandal/.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *