Uncategorized

“Jangan Kacau I!” Hannah Delisha Dan Imam Shah Bertengkar?

Pelakon Hannah Delisha dikira masih baru mengumumkan berita perkahwinan beliau bersama pelakon Imam Shah, iaitu pada 18 Februari 2021.

 

Walaupun jarang berkongsi kisah peribadi, namun para peminat suka untuk mengikuti perkembangan pasangan suami isteri itu.

 

Pada 18 April 2021, akaun Instagram peminat Imam Shah telah memuat naik satu video yang mempamerkan aksi Hannah dan Imam.

Hantaran tersebut menunjukkan mereka sedang bertengkar, ops!

 

Bagaimanapun, ia adalah satu babak lakonan untuk sebuah drama yang menampilkan mereka bersama.

 

Melalui caption:-

 

“Haiyo apa @imamemy dah buat ni!!

Finally dapat tengok gandingan fav couple min ni. #RinduSalahAlamat”

 

Berdasarkan aksi lakonan mereka, pasangan itu benar-benar menghayati watak yang dibawa.

 

Tapi di dunia nyata mereka mestilah baik-baik saja.

 

Mungkin selepas ni, Hannah dan Imam akan mendapat banyak tawaran untuk berlakon bersama, kan?

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-jangan-kacau-i-hannah-delisha-dan-imam-shah-bertengkar/

Artikel Sebelum Itu,

 

(Video) “Ya Allah merdunyaa”… Suami ambil video ‘cvri2’, suara Hannah Delisha alun selawat buat ramai terpegun.

Nampaknya nama pelakon Hannah Delisha semakin hari semakin menjadi bualan warganet walaupun dia sudahpun membuat pengakuan telah berumah tangga dengan seorang pelakon Singapura, Imam Shah.

 

 

Setiap perkongsian yang memperlihatkan wajahnya akan menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

 

 

 

Suami kongsi isteri alun selawat

 

Kali ini, video Hannah Delisha sedang mengalunkan Selawat Al-Fatih selepas solat yang dimuat naik suaminya di Twitter telah viral lagi.

https://twitter.com/imamemy/status/1376515718460493828?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1376515718460493828%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fsuami-ambil-video-curi2-suara-hannah-delisha-alun-selawat-buat-ramai-terpegun%2F

 

Tanpa sebarang kapsyen, perkongsian yang dibuat Imam Shah dengan hanya meletakkan emoji hati bewarna putih telah meraih lebih daripada tujuh ribu RT dan 28 ribu tanda suka sejak ia dimuat naik pada malam 29 Mac 2021.

Serba serbi pandai

 

Posting yang dibuat oleh suami Hannah Delisha itu telah mendapat pujian daripada warganet yang mengakui berasa tenang mendengar selawat tersebut.

Ada juga sebahagian yang mahukan Hannah mengalunkan selawat Al-Fatih itu dalam full version kerana begitu menyenangi suara dan ketenangan yang dapat dirasai menerusi selawat itu.

Sumber : Imam shah via oh my media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *