Hiburan

Zahirah Macwilson dipuji tak tinggal anak walaupun bekerja.

Sudah kembali bekerja seperti biasa, namun kali ini sedikit berbeza apabila pelakon Zahirah Macwilson sudah bergelar ibu.

Bagaimanapun, tindakan Zahirah yang tidak sesekali meninggalkan anak kecilnya, Isaac Raees ketika keluar bekerja dipuji peminat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zahirah ada memuat naik foto sedang memerhati anaknya ketika sedang disolek.

Dalam pada itu, Zahirah berkata dia sangat beruntung kerana dapat membawa sekali anaknya ke tempat kerja serta memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara sama kerana tiada pilihan.

“Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.

“Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Zahirah berkata semenjak bergelar ibu dia lebih mengerti pengorbanan yang dilkukan oleh ibunya sendiri.

“Bila dah jadi ibu ni, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.

 

“Bukan sahaja daripada sudut kerjaya tetapi juga daripada segi mental, fizikal, emosi serta ketenangan minda mereka,” katanya.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hamik Ridza pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Isaac Raees pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159551407955827&id=269301935826.

Article sebelumnya,

Kecik2 dah hansem, Zahirah-Aiman dedah wajah anak, namakan Isaac Raees buat bayi pertama.

Selepas dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.

 

Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.

Mereka sepakat memberi nama Isaac Raees kepada putera mereka dengan menyertakan sekali doa agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.

Pasangan selebriti itu juga membuat akaun Instagram bayi mereka dengan untuk berkongsi gambar-gambar perkembangan sejak dia dilahirkan.

Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.

 

Sumber: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Isaac Raees.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *