Uncategorized

Tampil Cantik Berniqab, Adira Terima Komen Positif Dan Sokongan Ramai

Penyanyi bersuara lunak ini mengejutkan ramai pihak apabila tampil berniqab dan memuat naik foto berserta video di laman Instagram miliknya.

Sejak kebelakangan ini, pemakaian niqab dan jubah dalam kalangan kaum wanita di Malaysia semakin menjadi perhatian dan boleh dikatakan is kemungkinan impak daripada pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa yang membuat keputusan drastik untuk berniqab pada Oktober 2020.

Selepas pengacara tersebut, ada juga beberapa rakan artis yang turut sama mengikut jejak langkahnya seperti Yatt Hamzah, Umie Aida dan lzreen Azminda yang turut memuat naik foto berniqab tetapi tidak Iah berhijrah sepenuhnya, hanya memakai sebagai tanda sokongan terhadap pengacara itu.

Terbaharu, penyanyi bersuara lunak iaitu Adira Suhaimi pula mengejutkan ramai pihak apabila tampil berniqab dan memuat naik foto berserta video di laman Instagram miliknya.

Menulis di ruangan kapsyen

“Fall in love thankyou kak @sitisarahraissuddin

Tampil ayu dan manis, Adira turut menerima komen-komen positif daripada warganet dan rakan artis, malah ramai yang memuji beliau tampak cantik mengenakan niqab.

Cantik kannnn sgt cantik..masyaallah tk perlu baju ketat2 pon pakai mcmni Ig cantikkkkkkk terkesima sbb cantik sgt2

Rupanya niqab berkenaan adalah hasil pemberian daripada penyanyi terkenal iaitu Siti Sarah yang juga usahawan yang mengeluarkan pakaian muslimah dan Adira membantu mempromosikan jubah dan niqab berkenaan.

Apa-apapun sama-sama kita doakan agar Adira terus istiqomah.

Sumber : Instagram Adira Suhaimi

Arikel seterusnya :

Biodata Adira Suhaimi

Biodata
1. Pemilik nama penuh Siti Adira binti Suhaimi.

2. Lahir di Ranau Sabah pada 19 September 1991. Berusia 28 tahun (2019).

3. Anak bongsu daripada lapan beradik.

4. Mula berjinak-jinak menyanyi sejak zaman persekolahan iaitu dengan menganggotai kumpulan nasyid.

5. Selain itu, beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian di Sabah. Pernah bergelar juara Pertandingan Karnival Budaya 2008 dan pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

7. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelapan. Antara lagu tugasannya dalam pertandingan itu seperti Bertamu di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor, Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza), My All (Mariah Carey), Ayat-Ayat Cinta (Rossa) dan Kitalah Bintang (Ella). Di peringkat akhir, beliau ditabalkan sebagai naib juara.

8. Merupakan penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop.

9. Mempunyai sebuah album studio berjudul Dewi Cinta yang memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu (duet bersama Hafiz Suip), Dewi Cinta dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2014.

10. Pemegang trofi Lagu Tema Terhebat di Anugerah Blokbuster, Juara Mobile Anugerah Juara Lagu ke-27, Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harlan ke-27.

11. Mula tampi I dengan imej berhijab sejak Ogos 2014. 12. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga merupakan seorang usahawan pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Anggrek (lahir pada 10 Mac 2017 dan Asan (9 September 2018).

 

Sumber : https://iluminasi.com/bm/biodata-adira-suhaimi-penyanyi-lagu-pujaan-hati.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *