“Ni baru betul function influencers” Kavita Sidhu dipuji promosi kebaikan vaksin

Isu selebriti yang dilabel sebagai geng kayangan rasanya tidak habis lagi di bahas oleh netizen. Pelbagai tindakan ‘merepek’ sesetengah daripada mereka telah mengundang amarah orang ramai lebih-lebih lagi berkaitan kepatuhan terhadap SOP.

Namun, masih ada lagi selebriti yang mendapat perhatian netizen apabila kerap melakukan perkara positif dan sama-sama membantu ‘mendidik’ orang lain melakukan kebaikkan.

Beri contoh yang baik sebagai public figure

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai m.fairuz.j, dia telah memuat naik beberapa tindakan rasional pelakon Kavita Sidhu yang memberi gambaran baik sebagai seorang public figure.

Promosikan pakaian kebangsaan

Hormat setiap agama

Tak rentas negeri, bercuti dalam negeri

Eksklusif selebriti ni

Perkongsian yang dibuat oleh m.fairus.j ini disetujui oleh pengguna Twitter yang lain dengan mengakui bahawa apa yang ditunjukkan Kavita Sidhu merupakan satu langkah yang baik dalam mengajak orang ramai mematuhi SOP serta melakukan perkara positif.

Hal ini sedikit sebanyak menjelaskan tidak semua golongan kayangan meletakkan ‘otak di lutut’ dengan melakukan tindakan-tindakan yang mencerminkan persepsi buruk kepada masyarakat.

Ni baru betul function influencers

Itu antara respons netizen tentang Kavita Sidhu yang namanya tiba-tiba menjadi bualan netizen baru-baru ini.

Perkara berkenaan tercetus selepas seorang pengguna Twitter memuji Kavita yang menjadi antara artis terawal mengambil vaksin AstraZeneca, sekali gus membantu mempromosi kebaikan vaksin tersebut.

“Dia banyak sebarkan benda positif. Elok saja dia ambil vaksin seperti rakyat biasa, tak perlu potong giliran pun.

“Ketika orang lain sibuk bercuti rentas negeri, dia pula hanya melancong ke Pelabuhan Klang,” tulis netizen berkenaan.

Agak pelik bila nama Kavita disebut netizen tetapi apa yang disampaikan memang perkara yang betul.

Golongan selebriti sepatutnya jadi golongan yang mendidik bukannya ikon untuk diherdik. Jadikan ingatan untuk semua.

 

Sumber : ohmymedia / m.fairuz.j  Dan https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/kavita-sidhu-dipuji-promosi-kebaikan-vaksin/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*