“Allah akan memberikan rezeki selepas Berhijah” Ummi Nazeera yakinkan Aishah Azman teruskan niat bertudung

SEM PENA ulang tahun kelahiran Aishah Azman yang ke-25 tahun pada Sabtu, 8 Mei, pelakon Ummi Nazeera mendedahkan tentang keingingan aktres itu memakai tudung.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, Aishah menyimpan niat untuk bertudung namun berasa bimbang perubahan itu akan menjejaskan kerjaya lakonannya.

Bagaimanapun Ummi memberi sokongan dan meyakinkan Aishah bahawa Allah akan memberikan perkara yang lebih balk serta rezeki selepas penghijrahan yang dilakukan.

Aishah berkongsi semula ucapan Ummi kepadanya.

“Selamat hari lahir adik saya yang cantik. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk awak di dunia dan akhirat.

Sebenarnya Aishah pernah bercakap dengan saya mengenai memakai hijab sebelum dia melakukannya.

“Dia kata… dia memang nak sangat pakai. Kemudian, dia tanya, perubahan itu akan menjejaskan karier dia? Saya kata rezeki itu datang daripada Allah dan macam saya… saya dapat banyak tawaran lebih balk, Alhamdulillah.

“Dan lihat sekarang dia macam mana… dia lakukan lebih baik,” kata Ummi.

Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi pendedahan dan ucapan hari lahir buat Aishah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Mika Azman Shah turut memuat naik semula status Ummi di lnstastory lnstagram miliknya.

“Ucapan yang sangat indah. Amin. Terima kasih kakak saya,” tulisnya.

Aishah mula berhijab sejak Februari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Aishah mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya nekad melakukan penghijrahan itu,

Menurut Aishah, dia perlu mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan turut bersyukur keluarga memberi sokongan penuh dengan perubahan imej terbaharunya itu.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*