Kenang Kembali Detik Kelahiran Anak, Suami Kongsikan Video Emma ‘Berjuang’ Di Labour Room

Untuk menghargai seorang insan bergelar ibu, tidak perlu tunggu hari yang istimewa pun. Seharusnya setiap hari menjadi hari untuk kita sentiasa menghargai dan mengenangkan jasa wanita istimewa ini.

Sempena Hari Ibu yang lalu, suami Emma Maembong telah berkongsi sebuah video untuk menunjukkan penghargaannya kepada isteri tercinta.

Rupa-rupanya video tersebut adalah rakaman detik-detik kelahiran anak mereka, Shariq Gabriel. Dapat dilihat bagaimana Emma berjuang untuk melahirkan anaknya itu.

Biarpun video tersebut telah dirakam sekitar November tahun lalu, ia tetap menjadi perhatian warga maya apabila dikongsikan oleh suami Emma.

 

Jom, sama-sama kita tonton video ini.

Rata-rata yang menonton video tersebut dapat relate dan turut merasa sebak melihat kesakitan yang dirasai Emma.

Sesungguhnya saat melahirkan merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga saat-saat yang menyakitkan kerana ibu memperjuangkan nyawanya bagi melahirkan anak tersayang. Oleh itu, penghargaan kepada isteri dan ibu bukan hanya terhad ketika hari ibu semata-mata tetapi seharusnya setiap hari.

 

Sumber: Shazli

Via https://www.majalahpama.my/kenang-kembali-detik-kelahiran-anak-suami-kongsikan-video-emma-berjuang-di-labour-room/.

 

 

Article sebelumnya,

Emma Maembong, suami positif COVID-19.

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19.

 

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Ujian calitan terhadap cahaya mata kesayangan Emma dan Muhammad Shazli, Shariq, tidak menunjukkan bayi berusia tiga bulan itu dijangkiti COVID-19. Foto IG Emma Maembong

Muhammad Shazli turut memaklumkan dirinya positif COVID-19 melalui IG.

 

Bagaimanapun, anak pasangan ini, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.

 

Video berdurasi 41 saat dikongsi Emma menunjukkan pelakon drama Bicara Cinta itu melakukan ujian calitan di kediamannya.

 

Dalam entri itu, Emma berkongsi:

 

“Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan.

 

“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif.

 

“Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangkiti atau tidak.

 

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

 

Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, bersyukur kesihatannya semakin pulih.

 

“Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” pesannya.

Sumber, https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/hiburan/selebriti/2021/01/776296/emma-maembong-suami-positif-covid-19.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*