Uncategorized

“Lelaki Hebat Bukan Yang Mengahwini Perempuan Solehah, Tapi Pilih & Bimbing Wanita Biasa Jadi Solehah- Mustapha Kamal

Sebelum setiap pasangan mahu mencorakkan pasangan, adalah amat penting untuk mencorakkan diri mereka dahulu. Tidak ramai manusia yang suka dirinya diubah ataupun dibetulkan sekalipun mereka perlu diperbetulkan.

Sebab itu, suami sebagai ketua rumah tangga harus mempamerkan akhlak yang indah pada pasangan masing-masing. Bak kata orang setiap pasangan suami isteri merupakan cerminan diri mereka.

Itu hakikatnya. Namun apa yang boleh kita buat untuk mengubah karakter pasangan kita yang kurang baik ialah kita dahulu perlu mengubah diri kita.

Perkongsian pelakon Mustapha Kamal di laman facebooknya ini boleh menjadi pedoman buat kita semua dalam melayari rumah tangga.

Isteri adalah cerminan suami .

Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suomimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya

Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , kerns kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya • Kamu yang telah mengajar, , membentuk don menyebabkan dia menjadi seperti itu .

” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehoh , tap! lelaki yang mengahwini wanita biaso don berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .

 

Sumber : https://www.keluarga.my/lelaki-hebat-bukan-yang-mengahwini-perempuan-solehah-tapi-pilih-bimbing-wanita-biasa-jadi-solehah-mustapha-kamal/

 

Artikel Sebelum Ini

MasyaAllah…Betapa Perkongsian Mustafa Kama! Perihal Isteri. Boleh Jadi Pedoman Buat Si Suami

Pelakon senior, Mustapha Kamal telah memuat naik statusnya di Facebook, berkongsi mengenai kehidupan alam rumah tangga.

“Saga mendengar isteri bercerita mengenai kebahagiaannya mengendalikan rumah tangga dan anak-anak tersenyum apabila ditanya mengenai kehidupan,”tulisnya.

“Walaupun enam anak-anak saya dipelihara oleh ibu mereka tetapi saya tetap tidak lupa tanggungjawab terhadap mereka,” tulisnya lagi.

Siapa sangka, pelakon berusia 56 tahun itu mempunyai seramai 10 orang anak hasil daripada tiga perkahwinannya.

Tambah Mustafa, dia bersyukur kerana isterinya memaham kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Susan.

Dia bukan sahaja boleh menerima saya sebagai suami, malah enam anak saya daripada dua perkahwinan yang terdahulu semua dianggap seperti anak sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu,Mustafa turut memuji sifat keperibadian isterinya yang juga merupakan bekas pelakon, Susan Menon.

“Sifat keibuannya yang begitu menebal dan sikapnya yang sama rata dengan semua anak-anak saya membuatkan saya semakin sayang dan bertuah mendapat seorang isteri seperti Susan,” tulis Mustafa.

Sumber ;https://www.mediahiburan.my/masyaallah-betapa-perkongsian-mustafa-kamal-ini-perihal-isteri-boleh-jadi-pedoman-buat-si-suami/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *