Uncategorized

Rindu seorang ibu… hanya mampu video call bersama putera-putera, Raja Permaisuri Agong pun patuh SOP

DALAM keterujaan kita menyambut Aidilfitri, ada insan yang menahan sebak beraya dari kejauhan. Siapa lagi kalau bukan mak ayah yang menyambut lebaran tanpa anak-anak.

Luluh hati hati seorang ibu yang mengenang nasib apabila anak-anak tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama, berikutan larangan merentas negeri dan daerah berikutan Perntah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pastinya lagu-lagu raya yang berkumandang tidak lagi mampu menahan sebak si ibu hingga menitiskan air mata dek kerinduan pada anak-anak yang begitu menebal.

Namun demi kepatuhan prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan Cvld19, mereka reda dengan ketentuan ini.

Begitulah naluri seorang ibu termasuklah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga berdepan dugaan apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anak.

Sebaknya baginda tidak terkata, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya rasa.

Menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial House of Paha ketika umat Islam menyambut 4 Syawal boleh mencetvskan drama air mata.

Tunku Azizah ketika membuat panggilan video bersama Tengku Hassanal.

Klip video berdurasi 34 saat itu memaparkan kompilasi foto-foto Tunku Azizah membuat panggilan video bersama anakanda-anakandanya bagi mengubat kerinduan.

Menurut keterangan video yang dikongsi, betapa rama ibu dan ayah yang tidak dapat bertemu dengan insan-insan tersayang pada hari raya yang memasuki hari keempat.

“Semua itu dikorbankan demi kemaslahatan yang lebih besar untuk memastikan negara ini selamat dan kekal sejahtera.

“Tidak terkecuali Raja Permaisuri Agong. Rindu pada putera-putera kesayangan diubat dengan panggilan video.

“Teknologi merapatkan yang jauh, tetapi rindu kasih antara seorang ibu dan anak-anaknya tetap tidak berganti sehingga dapat ketemu nanti.

“Terus patuhi SOP sedia ada. Dalam mematuhi SOP ini, Raja dan rakyat berpisah tiada,” menurul keterangan itu.

Walaupun klip video yang cukup ringkas, namun wajah sugul baginda sambil menongkat pipi ketika membuat panggilan video dapat dirasai hingga ke lubuk hati.

Apatah lagi video tersebut berlatarkan lagu raya Dari Jauh Ku Pohon Maaf dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang begitu menyentuh perasaan.

Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Tunku Azizah menyambut 1 Syawal di Istana Negara. foto instagram airtangan_tunkuazizah

Foto Tunku Azizah kemudian bertukar ceria sebaik panggilan video memaparkan wajah putera-putera kesayangannya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzann Shah Al-Sultan Abdullah.

Tanpa mengira pangkat dan kedudukan, Raja Permaisuri Agong bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tetap akur dengan keputusan kerajaan mengenai prosedur 0perasi standard (SOP) Aidilfitri yang tidak membenarkan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah sepanjang pelaksanaan PKP.

Sebagai rakyat jelata, kita seharusnya mencontohi Tunku Azizah yang mematuhi SOP yang ditetapkan, dan rata-rata netizen menjadikan tindakan baginda sebagai teladan yang baik.

“Permaisuri Agong pun patuh arahan. Rakyat jelata pula yang langgr.

Terima kasih Tuanku untuk teladan yang baik,” tulis pengguna Instagram suzilaiha_sutaji.

“Golongan raja-raja pun patuh SOP. Daulat Tuanku. Selamat Hari Raya,” komen pengguna Instagram eijaz.hassim.

“Contoh terbaik yang rakyat selalu nak saksikan. Ampun Tuanku,” kata pengguna Instagram suhaya_sahlan.

 

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/05/16/rindu-seorang-ibu-hanya-mampu-video-call-bersama-putera-putera-raja-permaisuri-agong-pun-patuh-sop–rakyat-jelata–yang-langgar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *