Gades Nih Hairan Ibu Sering Mintak Gambar Dia. Ibu Cakap Rindu. Satu Hari Gades Ni Nekad Buka Phone Ibu Dia. Tergamam Dia Tgk Rupa Rupanya Ibu Dia Guna Gambar Dia Untok Lakukan…

Assalamualaikum semua. Tak tahu nak mula macam mana. Aku dibesarkan dengan keluarga yg kurang didikan agama. Adik beradik aku 4 orang kesemuanya. 3 perempuan dan seorang adik lelaki. Aku anak ketiga. Umur aku sekarang dah 33 tahun. Kehidupan masa kami kecil memang susah. Tapi mak ayah tetap usaha cari rezeki buat kami sekeluarga.

 

Tapi masa aku kecil lagi mak ayah aku jenis tak pernah ambil tahu hal pelajaran mahupun hal agama. Kami adik beradik usaha sendiri. Sehingga belajar solat pun kakak aku yang sulung yang ajar kami adik beradik. Itu pun belajar dari panduan buku solat dan juga belajar dari sekolah. Kami adik beradik berdikari sendiri.

 

Bayangkan aku umur 5 tahun da pandai masak sendiri. Balik sekolah tadika aku tumpang ayah kawan aku bonceng basikal berdua dibelakang dengan kawan aku. Tak pun aku jalan kaki sendiri balik rumah. Ikutkan jauh juga sekolah tadika nak ke rumah aku. Nasib la zaman dulu tak de sangat orang jahat yang tak berperikemanusian macam sekarang ni. Zaman dulu kecil2 boleh berjalan merata kampung tanpa rasa risau orang nak buat perkara jahat kat diri.

 

Dari kecil mak ayah selalu brmasalah. Punca selalunya ayah suka berfoya foya dan mak pula suka berjantan. Bila mak kantoi mula prbalahan besar depan kami anak anak. Walaupun ayah suka bazirkan duit dengan perbuatan haram tapi tak pernah ayah kasi duit keuntungan dia untuk kami sekeluarga makan.

 

Mak sendiri bagitahu kami ayah akan asingkan duit hrm untuk beli pakaian atau bahan bahan pencuci. Mak pula ketika tu kerja kilang. Banyak kali mak kantoi selingkuh dengan ayah. Dan pernah sekali tu ayah lepaskan mak talak satu dan mereka rujuk kembali. Sampai la kami adik beradik da besar. Alhamdulillah masing2 sudah berjaya ke menara gading dan sudah bekerja di sektor kerajaan.

 

Sampai kami da besar dan punya keluarga sendri pun perangai mak tak pernah berubah suka berjantan. Ayah pula Alhamdulillah bila dah tua ayah dah berubah. Solat tak pernah tinggal dan mula belajar mengaji di surau. Tapi mak tak. Puas ayah suruh mak solat. Mak akan mengamuk dan kerana suruh solat pun mereka boleh ada masalah besar.

 

Kami adik beradik masing2 punya keluarga dan tinggal di kuala lumpur. Mak ayah di johor. Sampai suatu hari tu ayah call bagitahu yang mereka sudah berpisah. Bayangkan hidup mereka bersama lebih 40 tahun tp akhirnya berpisah juga jalan penyelesaian. Ayah menangis dan bagitahu aku yang dia gagal nak didik mak. Banyak kali mak kantoi selingkuh dengan ayah.

 

Dan ayah tak nak jadi suami menanggung dosa. Mak dari dulu suka kalau kami adik beradik pakai pakaian yang menjolok mata. Kalau boleh tak nak kami pakai tudung supaya nampak urban dan tak kolot depan kawan2 dia. Nasib baik kakak sulung aku sentiasa ingatkan kami adik beradik pasal agama dan menutup aurat.

 

Mak ketika tu bekerja di sebuah hotel. Aku ingat lagi masa aku belajar di universiti tempatan. Mak kerap minta gambar aku. Katanya rindu nak tengok gambar aku. Rupanya mak gunakan gambar aku untuk menyamar jadi aku. Macam mana aku boleh tahu? Mak kantoi dengan aku bila masa tu aku balik rumah cuti sem.

 

Aku pinjam hp mak dan aku tengok ada seorang budak lelaki mesej mak aku bersayang2. Aku bukak mesej tu tengok banyak sangat gambar aku yang mak send kat budak lelaki tu. Bila aku tanya mak kenapa guna gambar aku send dekat jantan tah siapa. Sampai dunia pun mak takkan mengaku walaupun dah kantoi terang terangan.

 

Kalau baca mesej tu rasa macam nak maki mak sendiri. Guna gambar anak sendiri tapi mesej bukan-bukan dengan jantan. Mak sendiri sebar gambar anak kat lelaki lain. Bukan aku sorang je yang kena. Kakak2 aku pun sama terkena macam aku. Sikit pun tak ada rasa bersalah dengan perbuatan dia jajar muka anak sendiri menyamar guna gambar anak mesej tak senonoh dengan jantan.

 

Adik lelaki aku je terselamat. Sepanjang aku jadi anak dia 33 tahun ni. Tak pernah tengok mak solat walaupun sekali. Apatah lagi kalau solat cukup 5 waktu. Sampai la sekarang ni walaupun umur mak da nak masuk 60 tahun. Mak tetap dengan perangai lama. Mesej dengan jantan tah siapa. Lagi la zaman sekarang dengan fb, whatapps bagai. Dah tua umur 60 tahun still macam dulu lagi.

 

Baru hari tu kantoi guna gambar kakak aku. Sudahnya kami adik beradik dah tak share or post gambar2 di sosial media. Takut mak guna gambar kami adik beradik menyamar dengan jantan kenalan di alam maya. Tak tau la siapa lagi sasaran mak agaknya. Lagi senang la sekarang ni dia ambil gambar perempuan di fb.

 

Mak akan cuak kalau kami adik beradik nak pegang hp dia. Memang setiap kali tengok whatsapp masuk mesti ada je jantan2 dok mesej sayang2 la. Mak menyamar jela sampai tua. Zaman sekarang ni lagi la edit2 gambar muka tua boleh jadi muda. Doa jela yang mampu kami adik beradik buat. Segala nasihat teguran semua kami da buat.

 

Mak macam biasa tak akan mengaku. Kami adik beradik dah malas brbalah dengan mak. Yang kami mampu hanya berdoa semoga Allah buka pintu hati mak untuk berubah. Alhamdulillah, terima kasih Allah.. walaupun kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang macam ni. Allah berikan akal untuk kami

 

adik beradik berfikir mana baik buruk dalam kehidupan. Bila mak nak berubah? Hanya Allah yang dapat beri hidayah buat mak. Kami adik beradik sentiasa berdoa moga Allah bukakan pintu hati mak untuk dekatkan diri dengan Nya. Aku harap pembaca semua doakan mak aku berubah sebelum Allah tarik nyawa mak. Sumber : nalurikini

 

Suami Terpaksa Jadi Pak Sanggup Sbb Bini Hamiil Tapi Bukan Dari Benih Dia. Dia Serabut Kena Terima Juga Bila Ibu Mertua Dia Bagi Dia Sesuatu Yg Tak Dpt Dia Nak Menolak. Akhirnya Ini Yg Berlaku.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Hi assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup.

 

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu rayu utk terima anaknya bg ttup aib dan mulut jiran setempat. Kata2 ibu dia buat aku lemah,xdpt tolak dan rela jd pak sanggup.

 

Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dr benih aku, tetapi aku anggap mcm anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku xpernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jd pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah.

 

Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi: Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.Tak nak memasak.

 

Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang.Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok.

 

Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya.

 

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri.

 

Aku dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

 

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah. Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

 

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain.

 

Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia.

 

Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah.

 

Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja.

 

Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal.

 

Pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah. – dunia kini.

 

Jangan lupa like, follow dan share page Apampink gaisss! Semoga yang membaca ni dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua

 

SUMBEr – penajalanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*