“Hentikan Perangai Gatal Pada Budak Kecil” – Netizen Tegur Ramai Cuba ‘Mengorat’ Anak Ustaz Ebit Lew

Memang tak boleh dinafikan ramai yang mengenali dengan Uztas Ebit Lew (UEL) yang merupakan seorang pendakwah bebas terkenal dan juga sering dilihat terlibat dengan kerja kebajikan secara aktif. Usaha murni UEL amatlah dipuji oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia sehingga membuatkan ramai yang turut menghulurkan bantuan berupa wang ringgit kepada misi kebajikannya.

Selain daripada dikenali kerana sikap dermawannya, UEL tetap merupakan insan biasa seperti kita semua. Menerusi akaun Twitter miliknya, dilihat beliau membuat perkongsian gambar dia bersama anak perempuannya yang dikenali dengan nama Safiyyah. Bagaimanapun, gambar tersebut dihujani dengan komen-komen dari wargamaya yang membahasakan diri mereka sebagai ‘ayah’ kepada anak perempuan UEL.

 

Disebabkan komen yang seakan-akan mahu ‘mengorat’ anak UEL itu, ramai yang mengatakan perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku. Tambahan lagi, Safiyyah baru sahaja berusia 12 tahun dan sekaligus meletakkan dia di bawah kategori kanak-kanak bawah umur. Komen-komen tersebut mungkin dianggap sebagai gurauan, namun ramai yang tidak bersetuju dengan cara gurauan ‘gatal’ terhadap kanak-kanak.

Perbuatan ini dilihat tidak boleh diterima kerana ia seakan-akan membudayakan Pedofilia. Mungkin sebab kita terlalu membiasakan ‘gurauan’ seperti ini, maka masih ramai yang merasakan ia satu perbuatan yang tidak ada salahnya. Namun kini, semakin ramai yang melihat ‘gurauan’ seperti itu terhadap kanak-kanak bawah umur adalah salah.

 

Baca juga: “Report Je Polis” – Terima Ugutan Santau, Harris Annuar Minta Maaf Kalau Ada Sakitkan Perasaan Siapa-Siapa

Sumber daripada: Twitter

Via : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-hentikan-perangai-gatal-pada-budak-kecil-netizen-tegur-ramai-cuba-mengorat-anak-ustaz-ebit-lew/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*