Geram lihat orang langgar SOP, ‘Perutusan Khas’ Diva AA buat netizen puas hati

  • Sejak semalam, nama pengacara tersohor, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA menjadi sebutan selepas mengecam seorang selebriti terkenal berikutan tindakannya berkali-kali melanggar prosedur operasi standard (SOP).

 

Diva AA menggesa agar pihak berkuasa untuk menyumbat selebriti berkenaan ke penjara diatas kesalahan yang dilakukan ketika orang lain patuh dengan segala arahan kerajaan supaya tidak berlaku sebarang penularan pandemik.

Perutusan khas Diva AA

Hari ini, Azwan Ali sekali lagi mengeluarkan ‘perutusan khasnya’ di media sosial dengan mengecam mereka-mereka yang melanggar SOP sehingga kes meningkat begitu mendadak dengan jumlah kes positif tertinggi direkodkan hari ini.

 

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1394949963033890821?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1394949963033890821%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fgeram-lihat-orang-langgar-sop-perutusan-khas-diva-aa-buat-netizen-puas-hati%2F

Deretan ‘pesanan’ buat mereka yang langgar SOP

Dalam video berkenaan, Diva AA dengan lantang memaki hamun mereka yang berkali-kali melanggar SOP dengan menyambut hari raya bersama-sama dan memuat naik gambar ke Instagram sehingga mengundang amarah ramai.

 

Selain itu, dia juga turut ‘meradang’ dengan pihak tertentu yang berlonggok di dalam rumah tanpa sebarang penjarakkan sosial walaupun ahli keluarga.

Disamping itu, pengacara berkenaan juga berasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mendapat kebenaran merentas negeri namun tidak memikirkan risiko penyakit yang mungkin di bawa oleh mereka.

 

Dia juga menyenaraikan berkenaan kealpaan ibu bapa membawa anak-anak berjalan ke tempat awam sehingga kes boleh meningkat serta turut berasa berang dengan mereka yang masih tidak mengikut SOP walaupun sudah setahun pandemik melanda negara.

Walaupun menggunakan bahasa yang agak kasar, namun ramai yang puas hati dengan video ‘makian’ Azwan Ali di Twitter kerana kes yang meningkat ketika ini sedikit sebanyak merupakan kesilapan dalam mengambil ringan berkenaan SOP.

 

Masing-masing telah meninggalkan komen di ruangan Twitter Azwan Ali dengan menyokong apa yang diutarakan pengacara kontroversi berkenaan berhubung sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih alpa dengan pandemik sehingga kes positif melonjak ke angka 6,075 pada 19 Mei 2021.

Sumber: DivaAATersohor

Via https://ohmymedia.cc/geram-lihat-orang-langgar-sop-perutusan-khas-diva-aa-buat-netizen-puas-hati/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*