Lebih 2.5K Shares, Wanita Ini Kongsi 5 Tips Bersalin Tanpa Koyakan Atau Jahitan

Proses bersalin adalah detik yang paling dinantikan oleh setiap wanita hamil di luar sana

Tambahan pula jika menimang cahaya mata yang pertama, sudah pasti perasaan kita akan bercampur baur sebelum melahirkan anak.

Takut, teruja, risau dan macam-macam lagi yang akan dirasai apabila tempoh bersalin semakin dekat.

Namun, semua perasaan itu adalah normal dan kita pasti akan merasa lega sebaik saja selamat melahirkan anak yang tersayang.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi beberapa tips bersalin tanpa koyakan kepada para ibu mengandung.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Kongsi 5 tips penting bagi mereka yang bersalin secara normal tanpa koyakan atau jahitan

Menerusi perkongsian video daripada @aininsofieya di laman TikToknya, dia memberikan lima tips bersalin tanpa koyakan atau jahitan berdasarkan pengalamannya sendiri yang sudah tiga kali bersalin secara nomal.

Antara tips yang paling penting adalah jangan angkat punggung semasa proses meneran dan seeloknya tunggu sehingga bukaan sudah 10 centimeter baru mula meneran.

Berikut di bawah adalah susunan lima tips tersebut:

 

3. Sapu minyak kelapa dara dan bust massage di perineum.

5. Posisi kena betul
Tangan pegang kedua-dua buku lali Dagu rapatkan ke dada
Ambik nafas panjang, push sekuat dan sepanjang yang boleh

6. Dengar arahan doctor dan fokus untuk meneran dengan betul

Jangan menjerit nanti membazir tenaga dan kita akan penat Nak fokus wajib tenang. , Kena pandai kawal mindset dan jangan ikut emosi. Push di perut, bukan di muka

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 332.9K views, 41K likes dan 2.5K shares di TikTok

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa bersalin. Malah, ada yang berterima kasih kepada wanita itu kerana telah memberikan tips yang bermanfaat buat bakal-bakal ibu di luar sana.

Ada juga yang gerun apabila melihat video tersebut kerana tidak boleh bayangkan betapa sakitnya proses bersalin itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga bakal-bakal ibu di luar sana dapat melahirkan anak dengan selamat. Jangan lupa amalkan semua tips ni ya.

Sumber :https://says.com/my/seismik/video-lebih-2-5k-shares-wanita-ini-kongsi-5-tips-bersalin-tanpa-koyakan-atau-jahitan

Sumber : Gambar ig  aininsofieya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*