WAFARIENA TERKILAN DIGELAR SvNDAL.GARA-GARA BEKAS KEKASIH SYAZUWAN BUKA RAHSIA….

Sejak beberapa hari lalu, polemik tiga segi antara Syazuwan Hassan dan wanita yang mendakwa sebagai bekas kekasihnya, serta pelakon Wafariena Roslan menuai perhatian netizen.

Menerusi perkongsian wanita yang mendakwa dirinya sebagai Adora itu, pelakon Wafariena dikatakan menjadi sebab perpisahan mereka selepas 11 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Tidak mahu berdiam diri, Wafariena tampil memberikan kenyataan. Memetik laporan yang diterbitkan oleh Kosmo! Online, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu berkata, dia berasa terkilan kerana digelar dengan gelaran yang tidak elok.

“Sebenarnya saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu, cuma baru viral hari ini tetapi dibiarkan sahaja sebab saya tidak bersalah. Namun, sangat terkilan apabila dia mula menggelar saya svndal sedangkan kami tidak mengenali antara satu sama lain pun.

“Saya tidak marh dia nak tuduh saya perampas sebab saya tidak buat pun perkara itu tetapi saya sedih apabila digelar sebegitu rupa,” katanya.

Tambah Wafariena, dia berharap agar wanita tersebut berhenti daripada memburukkan dirinya di media sosial.

“Walaupun saya tak marh, lebih baik dia berhenti daripada menudvh saya. Jangan nanti sampai pula surat sam4t malv kepadanya,” ujar Wafariena lagi.

Dalam pada itu, Wafariena turut mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia menjadi punca kepada perpisahan Syazuwan Hassan dengan bekas kekasih.

“Saya dan dia hanya sahabat di set pengambaran. Tiada istilah bercinta pun. Berkasih sayang pun hanya dalam drama.

“Jadi, kepada yang melemparkan kata-kata yang teruk kepada saya, berhentilah tabur fitnah. Saya tidak terlibat langsung dalam masalah hubungan mereka,” katanya yang pernah membintangi drama Baby Tak Giladengan Syazuwan sekitar Mac lalu.

BEKAS TEMAN WANITA SYAZUWAN HASSAN BUKA RAHSIA, PERPISAHAN MEREKA DISEBABKAN WAFARIENA SEBAGAI ORANG KETIGA?

Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih pelakon Syazuwan Hassan tampil membuat dakwaan bahawa pelakon itu berlaku curang terhadapnya.

Pernah menjalinkan hubungan selama 11 tahun, wanita yang menggunakan nama Adora itu berkata, Syazuwan berpisah dengannya selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon bernama Wafariena Roslan.

Wow, just wow. Perkara yang paling saya tidak suka adalah apabila ditipu. Kamu kata selepas kita putus, tetapi ia tidak benar. 11 tahun saya setia dengan kamu. Ia satu perbuatan yang teruk tetapi saya anggap cinta itu buta untuk kamu memilih seorang rempit. Trash deserve each other anyways.

“Saya tak nak berada dalam liga yang sama. Menggelikan. Saya sudah tidak mahu ada kaitan atau menyebut nama dia lagi. Kamu memalukan semua kaum lelaki dan keluarga kamu,” ungkap Adora menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Menurut wanita itu, dia hanya tahu kisah sebenarnya hubungan Syazuwan dan Wafariena selepas lima bulan mereka berpisah.

“Firasat saya betul, perempuan itu sudah lama memasang target sebelum kami berpisah. Saya boleh hidu.

“Selepas 11 tahun, pengkhianatan yang saya terima. Tetapi mujur Tuhan selamatkan saya. Patutlah dia selalu melihat Stories saya.

“Kepada perempuan perampas lelaki saya, kamu merupakan tempat untuknya rebound. Dia akan melakukan perkara yang sama. Semoga kamu berdua memperolehi karma,” dakwanya lagi.

Selain itu, wanita tersebut turut membuat perkongsian di Twitter.

Terdahulu, Syazuwan dan Wafariena pernah membintangi drama Baby Tak Gila sekitar Mac lalu.

Sumber : https://oijom.com/bekas-teman-wanita-syazuwan-hassan-buka-rahsia-perpisahan-mereka-disebabkan-wafariena-sebagai-orang-ketiga/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*