Rezeki Berganda, Baju Raya Sold Out Dalam Sebulan, Pemilik Jenama Fesyen FarahAlya Dapat Pula Hadiah

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua design habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes.”

Demikian kata pengusaha pakaian jenama berkenaan, Datin Hamizan Puteh atau selesa disapa sebagai Datin Ezan terhadap bisnes yang diusakannya, ketika ini.

Sejak dilancarkan awal bulan lalu, tiada siapa yang menyangka jenama ini bakal mendapat sambutan secepat ini.

Baginya, perkara tersebut amat mengejutkan, memandangkan dirinya baru sahaja berjinak-jinak dalam bisnes pakaian. Ia juga membuktikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru ini mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri menghasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.


“Akhirnya percaturan saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan Iebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” katanya.

Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Cvidl9 membuatkan ramai terksan. Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.

Menganggap ini merupakan rezeki, Datin Ezan menegaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertama jenama ini menawan hati pengguna.

“Sejak awal lagi says tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal.

Dengan adanya formula sebegini, is mampu menarik minat sesiapa sahaja,” katanya lagi.

Label yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri juga mencipta kenangan tersendiri apabila suaminya baru saja menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya, baru-baru ini.


Menyifatkan apa yang diterima sebagai pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Datin Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan.

Ikon Usahawan Wanita Pahang 2018 & Juga Pemilik Jenama Farahalya terima kereta mewah

Fuhhhh, hadiah yang diterima bukan kaleng-kaleng tau, kereta mewah ratusan ribu ringgit yang diterima oleh founder jenama pakaian Farahalya daripada suami tercinta baru-baru ini. Kalau nak tahu, Datin Ezan ni bukan orang asing dalam bidang bisnes, memang ramai yang kenal.

Kalau sebut sahaja namanya di Pantai Timur, memang ramai yang kenal dengan wajah manis wanita ini. Dia bukanlah berstatus usahawan baru tapi sudah lama berkecimpung sebagai orang berniaga.

Bila beliau melancarkan jenama pakaian Farahalya awal April yang lalu, laku keras pakaian tersebut sampai sold out. Katanya ramai yang suka dengan design dan kualiti yang ada. Ditambah dengan konsep pakaian yang menutup aurat, tentu sahaja jadi pilihan kebanyakan orang.

Bila bisnes berjaya, suami pun bagi semangat. Menariknya Datin Ezan menerima sebuah kereta Mercedes sebagai tanda penghargaan daripada suami tercinta. Awwww, so sweet!

Bukan semua org bertuah nak dapat kereta mewah macam ni. Tapi janganlah ada yang iri hati dengan hadiah yang diterima, ini bukti suami sayang tau. Kalau dah sayang, apa sahaja akan diberikan, bertuah badan kan….

Sebenarnya kita patut bangga dengan usahawan Melayu macam ni. Lagi ramai yang maju kita tumpang bangga. Setidaknya ini juga akan jadi pembakar semangat untuk orang lain berjaya juga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*