GADIS INI DENGAN BERANI LABEL ALI PUTEH DAN KELUARGA ‘Y4HU.DL’. ALI TAWAR GANJARAN INI PADA SIAPA DAPAT BAWA GADIS INI DEPAN MUKA ALI

PELAWAK Ali Puteh bengang dengan tindakan seorang netizen melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya dan keluarga di laman Instagram.

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, individu berkenaan secara berterusan mengganggu di ruangan Instagram dengan pelbagai cacian termasuk menyamakannya dengan bangsa Yahu.di.

Justeru itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini meminta bantuan pengikut mencari pemilik akaun itu dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya mengesan individu berkenaan.

“Salam Jumaat, di hari Jumaat yang mulia ini sesiapa boleh bantu carikan manusia ini? Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini.

“Maki tu makilah… tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah, ini melampau! Sampai keturunan saya dikatakan Yahu.di!

“Siapa dapat info cari manusia ini, wang tunai RM1,000 saya bagi hadiah,” tulisnya di laman Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis seorang pengguna yang turut menghina isterinya.

 

 

Komen yang ditulis itu dipercayai berkaitan isu saman membabitkan Ali dengan kakak iparnya, Nor Hidayah yang kini sedang dalam proses mahkamah.

 

“Semoga kemenangan di pihak Hidayah dan anak… saya tahu Hidayah di pihak benar, Ali ibarat Isra.el yang tamakkan harta Pales.tin. Keturunan Yahu.di,” antara komen jahat yang ditulis pemilik akaun berkenaan.

 

Hasil carian di Instagram mendapati akaun menggunakan nama @eidacu itu merupakan akaun palsu.

 

Pada Rabu lalu, Ali berkongsi perkembangan kes saman menyaman membabitkan dirinya dan Nor Hidayah yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 

Dalam perkembangan terbaharu itu, Ali meluahkan rasa lega kerana dapat merasakan ada sinar untuk dia dan keluarga di sebalik konflik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.

 

Sumber : MSTAR ONLINE

Via http://www.awatttsyeikhh.com/alinakbagiii1122/.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*