“Ini Apo Pulok Dikoba Nilai Dalam Selangor Ni?” Dato Hattan Mula Bersuara Gara-gara…

Nampaknya perdebatan mengenai Nilai dan Selangor semakin hang.at ni…

Persoalan mengapa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) tdak did.akwa kerana merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan terus menjadi bahan bualan dan perde.batan netizen.

Rata-rata membuat andaian Nilai 3 yang sememangnya terletak dalam Negeri Sembilan kini telah `bertukar milik’ kepada Selangor gara-gara pihak berkuasa tdak menda.kwa pasangan berkenaan yang merentas negeri ke negeri tersebut semata-mata untuk membeli karpet.

Terpanggil untuk mengutarakan pendapat, penyanyi legenda negara iaitu Dato Hattan turut memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya, mempersoalkan pertukaran Nilai di dalam negeri Selangor.

“Assalamualaikum, apo koba? lni apo pulok dikoba Nilai dalam Selangor ni? Esei ni anak jati negeri sembilan ni woii, esei bpsar di senanti. Seluruh negeri sembilan ni tak ada lah besar bona tapi saya tahu, pemetaan to tak percaya pergi check dengan JUPEM” ujar Dato hattan

Dato Hattan juga seakan hairan sejak bila Nilai bertukar menjadi hak milik Selangor, malah menyuruh mereka yang tidak mempercayai bahawa Nilai adalah di bawah naungan Negeri Sembilan, untuk merujuk dengan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Lihat reaksi-reaksi pengikut di laman Instagram Dato Hattan

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dkwa merentas negeri pasangan selebriti tersebut telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.

Sumber : Instagram Data Hattan via https://www.hotfm.com.my/hotviral-ini-apo-pulok-dikoba-nilai-dalam-selangor-ni-dato-hattan-luah-rasa-hairan-nilai-tiba-tiba-bertukar-milik/

Artikel yang berkaitan

Menteri Besar Selangor Dan Negeri sembilan Sedang Tawar Menawar Harga Nilai 3 Gara-gara…

Aminuddin (kiri) berbincang dengan Amirudin mengenai jual beli Nilai 3 selepas kecoh isu Neelofa tidak didakwa rentas negeri.

EJEKAN netizen kononnya Nilai 3 merupakan sebahagian dari daerah Selangor sehingga menyebabkan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz ‘bebas’ daripada da.kwaan merentas negeri turut menarik perhatian Menteri Besar (MB) Selangor dan Negeri Sembilan.

Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada ciapannya terlebih dahulu menceritakan sejarah Nilai 3 sebelum menjadi sebahagian kawasan Negeri Sembilan menerusi satu perjanjian pada 1880.

“Melihat ejekan-ejekan yg melintas di garis masa tentang Nilai 3 dalam wilayah Selangor, telah memutar ingatan saya tentang Lukut yang pernah dalam jaj.ahan pentadbiran Selangor sebelum diserah ke pemerintahan Sungai Ujong Negeri Sembilan dalam satu perjanjian pada tahun 1880, ” tulisnya.

Ketua P0lis Daerah Nilai, Superint.endan Mohd. Fazley Ab. Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikalkan keputusan tersebut malah segelintir mereka juga membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah berada di kawasan Selangor.

Dalam pada itu, status yang dimuat naik Amirudin Shari tersebut mendapat perhatian MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berseloroh dengan mengatakan ingin menjual Nilai 3.

Perbualan MB dua negeri mendapat perhatian.
Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap Neelofa dan suaminya, selepas video pasangan itu sedang membeli karpet di Nilai 3 tular.

“Berapa harga hendak beli Nilai 3 ya?” tulisnya secara berseloroh.

Perbualan tersebut berterusan apabila Amirudin Shari kemudiannya membalas dengan mengatakan perbincangan itu perlu disertai oleh jurunilai.

“Haha kena bincangan dengan jurunilai,” jelasnya.
Masih tidak berakhir di situ, Aminuddin memberitahu dia memerlukan masa untuk mengukur kawasan Nilai 3 terlebih dahulu.

“Kejap saya ukur Nilai 3 dulu,” katanya dengan memuat baik emoji ketawa.

Selepas perbualan antara dua MB itu menarik perhatian netizen di laman sosial, Aminuddin menjelaskan perbincangan mereka itu sekadar gurauan sahaja.

OCPD Nilai meminta orang ramai tdak mensensasikan ke.s berkaitan Neelofa dan suami.
Menerusi laporan mStar pada Sabtu, susulan kebimbangan ramai berhubung kes rentas negeri membabitkan Neelofa dan Haris Ismail, kertas siasatan mengenainya dihantar kepada Pejabat Peguann Negara untuk diteliti semula.

Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gaga) mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa tdak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz mengaku tidak bersal.ah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dan sebutan semula k.es tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan.

Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2021/05/23/neelofa-punya-fasal-menteri-besar-dua-negeri-tawar-menawar-jual-beli-nilai-3#close

 

Artikel Sebelum ini

 

“Sini berlambak! Takyah ‘menggelupur’ pergi Nilai 3, dah lah tak ikut SOP” – Diva AA

Baru-baru ini, kecoh tentang isu selebriti dan usahawan Neelofa dan suaminya PU Riz didakwa merentas negeri sekali lagi, kali ini ke Negeri Sembilan pula semata-mata ingin ‘shopping’ karpet di Nilai 3.

 

Berikutan itu, ramai rakyat marhaen berang dengan tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor itu kerana dianggap seakan mempermainkan undang-undang tambahan lagi selepas dikenakan kompaun RM60,000 tempoh hari.

 

Bagaimanapun, bukan rakyat sahaja yang terkesan tetapi para selebriti juga tidak ketinggalan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengasas jenama Naelofar termasuklah pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali ramai sebagai Diva AA.

Beli karpet takyah menggelupur rentas negeri!

Menerusi sebuah video dikongsi di ciapan seorang pengguna Twitter @AzlilAdzif, kelihatan Diva AA sedang mempromosikan sebuah kedai karpet dipercayai terletak di Shah Alam.

Namun begitu, sewaktu sedang sibuk ‘promote’ karpet di berkenaan secara tiba-tiba artis berusia 55 tahun itu mencelah dan secara bersahaja menyindir seorang selebriti yang dikatakan merentas negeri beli karpet di Nilai baru-baru ini.

 

Walaupun tidak menyebut nama gerangan selebriti tersebut, ramai tahu individu yang dimaksudkan oleh Diva AA adalah siapa lagi kalau bukan, Neelofa betul tak?

Dengar sini aku nak ‘laser’ kan semua. Tak payah menggelupur pergi Nilai 3. Dah lah kau rentas negeri tak ikut SOP! Sini berlambaklah. Kau terasa ke? Kau lah. Tak sebut nama,” sindirnya terhadap artis berkenaan.

Power lah Diva AA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi terhibur tatkala melihat gelagat artis lelaki yang terkenal dengan julukan ‘Si Mulut Puaka’ tersebut.

Terdahulu, kecoh di serata laman sosial selepas Neelofa memuat naik beberapa video Insta Story menunjukkan dirinya di sebuah kedai menjual permaidani yang didakwa netizen di Nilai 3.

Tindakan bekas pengacara MeleTOP itu telah membuatkan netizen tidak berpuas hati kerana sekali lagi melakukan kesalahan rentas negeri ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Sumber: Twitter Diva AA

Via https://ohmymedia.cc/sini-berlambak-takyah-menggelupur-pergi-nilai-3-dah-lah-tak-ikut-sop-diva-aa/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*