Babak Kerusi Roda ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ Cetus Kekeliruan, Ini Reaksi Namron

Babak Kerusi Roda ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ Cetus Kekeliruan, Ini Reaksi Namron

Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli sekali lagi menjadi sebutan netizen selepas tularnya meme pendrive di media sosial.

 

 

Kali ini, apa yang menjadi pertikaian netizen ialah babak salah seorang pelakon di atas kerusi roda di kafe.

Jika dilihat hanya pada sekeping gambar yang tular ini, susunan kafe berkenaan agak sukar untuk memungkinkan individu berkerusi roda berada di ‘bahagian dalam’.

Tapi mungkin juga kita tidak tahu jika kafe berkenaan sememangnya mesra kerusi roda.

Menurut seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mengulas daripada kaca mata seorang doktor rehabilitasi yang mengulas berdasarkan sekeping gambar tanpa konteks.

“Ada orang kirim saya gambar ni. Katanya babak dalam drama. Dia suruh saya komen. Saya kata saya tak tonton, macam mana saya komen.

“Tak payah tengok drama pun. Cuba tengok betul-betul gambar ni! Ulas dari kaca mata seorang doktor rehabilitasi,” kata dia.

 

Belek punya belek. Oh! Saya dah faham apa yang dia suruh ulas. OK saya ulas, tapi ada kaveat sikit. *saya tak tonton drama ni, dan saya mengulas berdasarkan sekeping gambar, tanpa konteks.

 

1. Seorang watak ni berkerusi roda. Meja yang mereka duduk ni berada bukan di aras “ground floor”. Bermakna kafeteria ini ada lif untuk membolehkan watak itu berada di meja ini.

 

2. Watak yang berkerusi roda tu duduk di sebelah dalam. Bermakna, untuk dia ke tempat itu, kerusi atau meja perlu dialihkan dahulu. Lazimnya pengguna kerusi roda akan duduk belah luar.

 

 

 

Berdasarkan sekeping gambar ini, itu sahaja saya boleh ulas berkenaan kebolehcapaian(accessibility) oleh pengguna kerusi roda dalam alam bina (built environment).

 

Isu kebolehcapaian ruang, khusus pengguna pengguna kerusi roda dan alat bantuan mobiliti, masih perlukan banyak program kesedaran. Ramai yang masih belum cakna isu ini.

 

Untuk membolehkan pengguna kerusi roda berdikari dan selesa untuk keluar, banyak aspek perlu dilihat. Kebolehcapaian ni adalah dari rumah hinggalah ke tempat awam seperti kafe.

 

Ia topik yang amat besar. Ia melibatkan rekaan rumah, jenis kereta, saiz parkir, kaki lima, tanjakan, kedudukan kafe, susun atur perabot, ketinggian perabot, rekaan tandas, dan lain-lain.

 

Sama-samalah kita bina kesedaran ini.

 

Hari itu saya kongsikan tentang “guide block” sebagai alat bantuan OKU penglihatan. Ramai kongsikan (share) hantaran itu. Ramai baru dapat tahu kegunaan benda itu. Alhamdulillah!

 

Hari ni kita cerita pasal kebolehcapaian pengguna kerusi roda. Moga-moga ramai yang sudi kongsi agar ramai mendapat ilmu daripadanya. Kalau sambutannya baik, kita cerita topik OKU lain pula.

Semoga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Perubatan Rehabilitasi

*apa tajuk drama ni?”

Babak ini turut mendapat perhatian Namron, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang aktif dalam industri seni di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber : Rotikaya

Via http://www.terengganutv.bbn.my/2021/05/28/babak-kerusi-roda-kekasih-hati-mr-bodyguard-cetus-kekeliruan-ini-reaksi-namron/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*