“Mana Korang Nak Pergi?” Rentas Negeri Balik Kampung, Michael Ang K3sal Dengan Sikap Rakyat Malaysia

Nampaknya sekali lagi Malaysia bakal berhadapan dengan situasi yang membimbangkan apabila kes harian C0VID-19 sudah mencapai angka 9,020 pada 29 Mei.

 

Dengan itu secara rasminya pada 1 Jun ini kita berhadapan dengan total lockdown seluruh Malaysia yang mana berbalik semula pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat pada awal tahun lalu.

 

Namun masih ada rakyat Malaysia yang bersikap pentingkan diri mengambil keputusan untuk merentas negeri pulang ke kampung.

 

Penerbit terkenal, Michael Ang yang sering tampil dengan video luahan perasaan berkenaan isu semasa itu terpanggil untuk bertanyakan soalan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang dilihat bagaikan mementingkan diri sendiri.

Dengan angka yang tinggi seperti ini sepatutnya kita semua sudah berasa bimbang dan jangan lagi mementingkan diri sendiri.

 

Semoga dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini akan dapat membendung virus COVID-19 yang semakin mengganas.

 

Pastikan anda sentiasa berada di rumah dan hanya keluar bila perlu.

Sumber foto dan video: Instagram Michael Ang

Via: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-mana-korang-nak-pergi-rentas-negeri-balik-kampung-michael-ang-kesal-dengan-sikap-rakyat-malaysia/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*