Dunia

Belum Bersedia Timang Anak, Suami Elizabeth Tan Tidak Kisah Isteri Terima Komen ‘Nakal’

Sejak berkahwin pada 20 Mac 2021, penyanyi Elizabeth Tan tidak pernah berkongsi foto suaminya di Instagram beliau.

Namun, penyanyi itu yang juga mesra disapa Lizzy akhirnya memuat naik satu video bersama suaminya, Ding Siew Jim buat kali pertama pada 29 Mei 2021.

Melalui hantaran tersebut, Lizzy dan suami menjawab soalan-soalan terpilih yang diajukan oleh netizen.

 

Buat yang tertanya-tanya tentang latar belakang Jim, beliau adalah seorang doktor perubatan.

Walaupun pasangan ini sudah lebih 2 bulan berkahwin, namun mereka tidak tinggal sebumbung.

Antara yang menarik perhatian adalah apabila Jim mengulas tentang Lizzy yang kerap menerima komen ‘nakal’ berbentuk lucah.

 

Jim berkata, beliau tidak kisah langsung tentang hal itu, dan Lizzy juga merasakan perkara yang sama.

 

Apabila ditanya mengenai anak pula, pasangan tersebut sepakat merasakan bahawa belum tiba masanya untuk mereka mempunyai cahaya mata.

 

Sementara itu jika dilihat di ruangan komen, netizen menyuarakan tentang keserasian pasangan berkenaan.

Lizzy dan suaminya kelihatan sangat secocok,  semoga pasangan ini terus berbahagia dan disayangi ramai.

 

 

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Via : https://www.hotfm.com.my/hotupdate-belum-bersedia-timang-anak-suami-elizabeth-tan-tidak-kisah-isteri-terima-komen-nakal/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *