Uncategorized

“Mama Mana Pulak Ni…” – Netizen Terhibur Lihat Tomok Cuak Anak Bongsu Panggil ‘Mama’

Cuak Tomok bila anak bongsunya panggil ‘mama’, bukan panggilan biasanya ibunya…

Telatah anak-anak bila kita bermain dengan mereka di rumah memang menghiburkan. Ada-ada sahaja yang mereka lakukan sehingga membuatkan kita juga turut terhibur.

Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram, ramai wargamaya yang terhibur melihat gelagat anak bongsu Tomok yang dilihat seperti membongk4r r4hsia besar ayahnya itu apabila secara tiba-tiba memanggil ‘mama’.

Untuk pengetahuan, panggilan yang biasa anak-anaknya panggil isterinya adalah ‘dibu’. Namun secara tiba-tiba, anak bongsu Tomok, Khadijah menyebut ‘mama’. Cu.ak dibuatnya Tomok bila anaknya menyebut ‘mama’ seolah-olah membongkark4n rahs1a tersebarnya.

“Mama mana pulak ni. Jangan buat ayah pen1ng khadijah, jangan macam macam,” tulis Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail di ruangan kapsyen.

Video yang dikongsikannya itu mendapat respon dari rakan-rakan artis dan juga para pengikutnya di Instagram. Rata-rata rasa terhibur dengan gelag4t Khadijah dan re4ksi Tomok yang terus memandang isterinya sejurus anaknya itu menyebut ‘mama’. Isteri Tomok juga dalam masa yang sama menyahut panggilan anaknya itu dengan bertanya ‘mama mana?’ dalam suara yang konon gar4ng.

Ruangan komen dalam hantaran tersebut terus dihujani dengan usik4n nak4l daripada wargamaya seolah-olah ada ‘mama’ lain dalam hidup Tomok. Memang lucu. Tapi apa-apa pun, itulah gur4uan serta telatah anak beranak.

 

Sumber : Hotfm

 

Artikel Sebelum ini

Genap Usia 40 Tahun, Isteri Tomok Doa Dimurahkan Rezeki Timang Anak Perempuan. “Wish Setiap Tahun…”

Genap 40 tahun, isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abbas atau lebih sinonim dipanggil Ayu bersyukur kerana masih diberi kesempatan menjalani kehidupan olehNya.

Pada masa sama, dia dia turut menyatakan hajat agar dikurniakan cahaya mata perempuan andai diberikan rezeki, selepas ini.

1 September.2019…..Syukur Alhamdulillah…genap 40tahun saya diberi peluang menjadi khalifah di bumi Allah….

“Terima kasih mak abah kerana melahirkan anak yang cute which is “me”. Terima kasih kepada suami yang sudi mengambil saya sebagai isteri.

“Terima kasih yaAllah kerana memberi peluang untuk saya merasai nikmat menjadi seorang ibu.

“Seperti biasa wish saya setiap tahun agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata perempuan, diberi kesihatan yang baik untuk jalankan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu dan yang penting saya ingin terus istiqomah pada peluang kehidupan yang diberikan…Amin.

“Kepada yang wish saya di IG saya, saya ucapkan terima kasih in advance..ada ke yang wish dibu??? Hihihihi,” tulisnya.

Tomok mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Ayu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid,7, dan Andrashah Iman, 5 tahun.

Sumber:https://www.mediahiburan.my/genap-usia-40-tahun-isteri-tomok-doa-dimurahkan-rezeki-timang-anak-perempuan-wish-setiap-tahun/