Gosip Dengan Menteri, Akhirnya Mawar Karim Dedahkan Siapa Digelar ‘Datuk’ Itu….

Tiada angin tiada ribut, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila usahawan Mawar Karim terpalit k0ntroversi mempunyai hubungan istimewa dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Khabar angin itu timbul apabila Mawar dida.kwa dilihat berada bersama dengan Menteri berkenaan di dalam kenderaan yang sama ketika di sekatan jalan raya (SJR) Perasing.

“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm. Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’?”

Mawar turut memuat naik sekeping gambar mendedahkan individu disebalik penyebaran khabar angin tersebutada di dalam gambar yang dikongsikan itu.

“Minta perhatian Tun M tiada mengena dalam hal ini. Tuan-tuan jangan libatkan Tun M, ya.

“Tak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang suruhan ‘Datuk’ adalah penulis, penyebar dan pereka cerita-cerita fitnah. Orangnya salah seorang dalam gambar. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya,” tulisnya.

Terdahulu, Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman termasuk gosip berkaitan hubungan dengan seorang usahawan wanita terkenal.

 

Sumber :

Artikel sebelum ini

Tiba2 dikaitkan dengan menteri, Mawar Karim dedah ada pihak sengaja fitna.h

Bekas isteri aktor Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa ada pihak sengaja menyebarkan fitnah kononnya dia mempunyai hubungan istimewa bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Menurut laporan Utusan Online, usahawan tudung itu seolah-olah memebri bayangan isu berkenaan sengaja ‘dicipta’ golongan tertentu bagi menjatuhkan reputasi seseorang.

“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm… Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya?
“Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’,” kongsi usahawan berusia 32 tahun itu.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memuat naik sekeping gambar yang mendakwa salah seorang individu adalah orang suruhan ‘Datuk’ tersebut.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin yang juga pemimpin PAS menafikan cerita yang tersebar di media sosial kononnya beliau mempunyai hubungan dengan seorang selebriti wanita termasuk penahanan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing.

 

Sumber : https://ohmymedia.cc/tiba2-dikaitkan-dengan-menteri-mawar-karim-dedah-ada-pihak-sengaja-fitnah/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*