Mawar Karim dan Maryam buat ucapan raya tapi Gelagat Maryam Jadi Tumpuan Netizen

Usahawan, Mawar Karim sering sahaja menjadi perhatian para wanita khususnya dimana anak kepada pengasas tudung terkemuka ini turut dikagumi peminatnya.

Sedia tahu bahawa, Mawar Karim mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maryam iaitu anaknya bersama bekas suami iaitu pelakon, Fizo Omar.

Dua beranak ini seringkali juga menjadi tumpuan di media sosial apabila Maryam juga semakin membesar dengan sangat comel dan bijak yang kini berusia empat tahun.

Seperti anak selebriti lain, Maryam juga si cilik popular yang mencuit hati peminat Mawar Karim mahupun Fizo Omar dimana mereka juga berkongsikan perkembangan anak mereka itu kepada umum.

Terbaharu pula, satu hantaran Mawar Karim kepada umum tentang dia dan puterinya itu mencetuskan dua beranak ini mencuit hati peminat dan pengikut apabila satu rakaman video memaparkan mereka bersama itu mencuri tumpuan ramai.

Mawar Karim di posting ingin menunjukkan sebalik tabir video ucapan hari rayanya itu dan nampaknya telatah Maryam bersama ibunya itu mencuit hati rata-rata yang melihat apatah lagi kecomelan Maryam sehingga ditingalkan ratusan reaksi menerusi ruangan komen.

“Alahai comel Cik Yam”

“Suka dengan styla Mawar dari dulu sampai sekarang kekal dengan identiti nya sendiri.”

 

Sumber : HCL

 

Artikel Seterusnya

 

“Comelnya, Dah Pandai Pose & Bergaya. Anak Mommy Betul Ni.” Fizo Kongsi Gelagat Anak, Respon Mawar Memang Win!

Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur.

Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam cukup petah berceloteh baik ketika bersama ibunya mahupun ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap. Mesra disapa Cikyam, ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.

Terbaru, Fizo Omar memuat naik sepotong video ketika bersama anaknya meraih perhatian ramai.

So daddy pun melayan lah ragam anak dara ni.. dia punya posing ni macam mummy dia. Yang part ni 100% ikut mummy dia..

You tengoklah ni anak you @mawar_karim

Sememangnya Cikyam seorang kanak-kanak yang bijak dan suka bergaya. Mungkin kerana dia mewarisi bakat ibunya.

Tidak hairanlah, Fizo sendiri mengakui anak mereka itu ‘copy paste’ bekas isterinya yang gemar berposing

Bahkan, perkongsian tersebut mengundang perhatian bekas isterinya dan turut memberi komen menerusi status berkenaan.

mawar_karim Adoiii Maryam mana sunglass n handbag 👜 😎 mummy dh bg complete kalau nk posing outdoor . 😂😂

Walaupun jodoh antara Fizo dan Mawar tidak berpanjangan, namun hubungan mereka tetap baik demi anak tunggal mereka.

Gelagat bersahaja dua beranak ini mengundang perhatian warganet.

 

Kecik-kecik dah pandai bergaya

kamariahnor65 Ya Allah.. comel nya maryam❤️❤️

nuralynn78 hahahaaaa comel je mek yam😂

nkby72 MasyaAllah comel lah dia cantik pandai bergaya lah cik yam nii❤️

owja74 Comel , kecik2 dh pandai bergaya😍😍😍

zarydaothman Cute mcm mummy dia..😍.

Model Tudung Mummy Mawar

su881988 Boleh jadi model dah ni..model tudung mummy mawar😍😍😍

ytamarykay Pandai lah maryam ni 😍😍😍😍😍

sitinooraiin Ya Allah cantiknye anak dara fizo ni. Dah besar dah dia 😍

milahmail Comel… Ialah alangkah indahnya kalau bersatu semula. Bahagianya rasa.

Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

 

Sumber: fizoomar

Via: https://www.keluarga.my/comelnya-dah-pandai-pose-bergaya-anak-mommy-betul-ni-fizo-kongsi-gelagat-anak-respon-mawar-memang-win/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*