“Muka Tu Kenapa!” Scha AI-Yahya Terkejvt Terima Terlalu Banyak Jambangan Bunga Pada Hari Jadi

Scha juga turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas ingatan dan kasih sayang yang diberikan terhadapnya.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis pujaan ramai iaitu Scha Al-Yahya yang barn sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 38 tahun pada 30 Mei lalu.

Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya berkongsi hari indahnya itu menerusi hantaran di laman Instagram, di mana beliau telah menerima sebegitu banyak hadiah dan kiriman bunga daripada keluarga, rakan selebriti, kenalan dan pengikut pada hari jadinya itu.

Lihat hantaran di sini

Menulis di ruangan kapsyen
“I was overwhelmed by receiving so much love and attention for my birthday. I would like to thank each and everyone of you for your lovely birthday wishes, for all the flowers and gifts, Boas and blessings. Thank you for loving me , for making me feel special and also for being a special part of my life. So so so blessed Alhamdulillah. Love you all

Scha meluahkan rasa syukur dan terharu atas ingatan dan kasih sayang yang diberikan terhadapnya.
Dalam pada itu, disebabkan Scha telah menerima begitu banyak kiriman bunga, suami beliau iaitu Awal Ashaari sempat mengusiknya dengan mengatakan bahawa tempahan kedai bunga kini telah pun dibuka.

Bukan itu sahaja, ruangan komen pelakon dan model terkenal ini juga seperti biasa dibanjiri dengan ucapan selamat hari jadi dari peminat dan rakan artis.

Wahhh cantik-cantik ya bunga yang Scha terima! Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan selamat hari jadi buat Scha, stay pretty as you are! Sumber Instagram Scha AI-Yahya

 

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-muka-tu-kenapa-scha-al-yahya-terkejut-terima-terlalu-banyak-jambangan-bunga-pada-hari-jadi/

 

Artikel Yang Berkaitan

“Kami Sekarang Dah Tak Banyak Masa…,” – Cerita Rutin Selepas Dikurniakan Anak Kedua, Scha & Awal Dedah Kehidupan Kini Sedikit ‘Huru-Hara’ Sebab…

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui setelah selamat menimang cahaya kedua mereka, Lyla Amina pada 12 Februari lalu.

 

Jelas Scha, rutin harian kehidupannya kini semakin padat dan sibuk selepas kehadiran cahaya mata comel itu yang kini sudah mencecah usia 2 bulan.

 

“Sementara dia (Awal) keluar berkerja, saya di rumah dan begitulah sebaliknya. Boleh dikatakan, sekarang agak sukar kalau mahu keluar bersama-sama, melainkan ada komitmen yang dijanjikan awal.

 

“Kami sekarang juga boleh dikatakan sudah tidak ada misalnya untuk duduk relak main Instagram ke apa, sekarang bila balik rumah sahaja, fokus adalah untuk kena uruskan anak, kerja rumah dan sebagainya.

 

“Saya akui rutin ini memang memenatkan, tapi saya sangat gembira sebab kita diberikan kerahmatan untuk dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama. Pada awalnya memang kekok dan saya anggap ia sebagai satu cabaran,” kata Scha kepada MH.

Sementara itu, Awal turut menambah, untuk menguruskan anak yang masih bayi bukan satu perkara mudah dan sangat berikan cabaran bagi dirinya.

 

“Cabaran anak satu atau cabaran anak dua sangat berbeza sebab kalau anak satu kita boleh kawal dan boleh diatur-atur. Tapi bila dah ada anak dua ni kehidupan kami macam sikit ‘huru-hara’, dia macam tak tenang.

 

“Bila ada anak kecil macam-macam benda kita nak kena buat contohnya mahu nak uruskan barang-barang dia dan sebagainya.

Tambahan pula anak menyusu badan,” katanya yang turut bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat.

Terdahulu, Awal dan Scha selebriti ditemui pada majlis pelancaran kempen jualan Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat sempena musim perayaan ini.

Selain mereka, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Hairul Azreen dan Shuk Sahar turut menjadi duta busana raya jenama berkenaan pada tahun ini.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 4 Mei 2012 dan memiliki seorang anak perempuan nama bernama Lara Alana, 7 tahun.

 

Foto: Instagram Scha Alyahya, Awal Ashaari

 

Via https://www.mediahiburan.my/kami-sekarang-dah-tak-banyak-masa-cerita-rutin-selepas-dikurniakan-anak-kedua-scha-awal-dedah-kehidupan-kini-sedikit-huru-hara-sebab/.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*