Uncategorized

Elly Mazlein doakan yang sedang usaha lekas diberi zuriat, Berkongsi foto scan ‘baby’

Umum sedia tahu bahawa selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom sedang hamil. Usia kandungannya juga sudah pun melewati trimester kedua.

Buat check up baby

Hari ini, Kak Lina berpeluang untuk membuat pemeriksaan kandungan di klinik bagi melihat kondisi anak dalam rahimnya.

Hal tersebut dimaklumkan sendiri pengacara Muzikal Lawak Superstar 2 itu di laman Instagramnya.

Selain itu, dia juga turut berkongsi gambar scan bayi dalam kandungannya dengan menyatakan bahawa semua dalam keadaan sihat.

Elly Mazlein sempat berseloroh dengan meminta para pengikutnya melihat jari lentik anaknya di dalam perut.

“baby cakap, cantikkkk dikkk.. tengok tu ibu jari dia…mama gerammmmm da.. syukur Alhamdulillah  baby sihat & mamam pun sihat.” tulisnya.

Mohon doa urusan dipermudahkan

Di akhir perkongsiannya itu, selebriti berkenaan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya serta bayi dalam kandungan.

Dia juga turut mendoakan agar mana-mana pasangan yang sedang berusaha untuk peroleh zuriat juga dikurniakan cahaya mata secepatnya. Inn shaa Allah.

“Terima kasih doakan kita jugak”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Elly Mazlein dengan mendoakan agar urusan Kak Lina Pom Pom sepanjang proses kehamilan dipermudahkan.

Mereka yang masih belum diberi  zuriat juga turut sama meninggalkan komen dengan berharap supaya warganet yang lain dapat sama-sama mendoakan rezeki buat mereka yang menanti mempunyai anak sendiri.

 

Semoga dipermudahkan urusan Kak Lina

 

 

 

Tahniah tumpang gembira

 

Semoga ibu dan anak sihat sempurna

Netizen nampak ‘babyy bump’ Kak Lina pompom

Program Muzikal Muzik Lawak Superstar 2 nampaknya kembali menemui penonton di kaca televisyen selepas terpaksa dihentikan seketika berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.

Masih mengekalkan pengacara sama iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, keduanya seperti biasa memberikan keceriaan dalam MLS 2 yang bersiaran di Astro Warna setiap hari Jumaat.

Mengandung ke tu?

Namun begitu, menerusi siaran langsung tersebut, dapat dilihat penampilan Elly Mazlein yang seakan berbadan dua apabila kerap memegang perut ketika mengacara.

Banyak juga soalan diajukan oleh netizen di ruangan komen Instagramnya apabila dia memuat naik gambar pada malam tersebut.

Ada baby ke dalam perut tu?

Ramai yang tertanya-tanya kerana melihat perut Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom seakan ada baby bump.

Pastinya peminat selebriti berkenaan begitu teruja dan meninggalkan pelbagai komen di ruangan Instagramnya apabila melihat penampilannya pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun, setakat ini Kak Lina masih belum memberikan sebarang kenyataan sebenar sama ada dia mengandung ataupun tidak.

Elly Mazlein dan suaminya, Cikgu Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2020. Sebelum ini, selebriti tersebut pernah bernikah dengan pengarah drama dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai setahun kemudian.

Sumber: Elly Mazlein

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *