“Wow! Comelnya” Tak Sangka Wajah Anak Kedua Scha AI-Yahya, Lyla Amina Bertudung Dikatakan Persis Muka Mira Filzah

Kongsi gambar berhijab buat pertama kali, wajah anak-anak Scha Al-Yahya curl tumpuan umum.

“Eh comelnya Lyla bertudung macam Mira Binh sikit hahahaa tapi nampak macam Awal Ashaari versi pakai tudung pun ada ye comel!

Wajah camel anak-anak yang dikatakan mirip seperti ibu bapa itu sudah menjadi pujian biasa yang sering didengari ketika menimang cahaya mata.

Aka terdahulu wajah anak sulung pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana dikatakan terlalu mirip dengan wajah ibunya sehingga dikatakan seperti copy paste, kali ini rupa anak keduanya, Lyla Amina pula dipuji seperti rant manis ayahnya ketika dilahirkan.

Namun, mengetahui bahawa wajah mampu berubah seiring umur, kini jika anak kedua pasangan selebriti ini, Lyla dikenakan pemakaian hijab, rupa-parasnya dikatakan persis seperti seorang pelakon terkenal tanah air.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Scha berkongsi gambar camel anak-anaknya menggayakan hijab namun wajah anak keduanya itu berjaya mencuri perhatian kerana dikatakan seakan-akan menyerupai Mira Filzah.

Kedua-dua artis cilik ini memiliki wajah comel dan ayu saling ditambah pula dengan senyuman manis Lyla yang seakan-akan Mira Filzah itu telah berjaya menarik perhatian ramai.

“Why her tudung looks so neat?? Macam Mira filza sikit ye Lyla hertudung! Shoo cute ”

Bukan sesuatu yang pelik dan aneh jika senario wajah anak berbeza daripada wajah ibu atau bapanya, ini dinamakan sebagai kombinasi gen antara ibu dan bapa.

Tidak dapa dinafikan, wajah Lyla sememangnya menjurus Iebih ke arah bapanya, Awal manakala Lara pula memiliki raut kembar seperti ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji selebriti-selebriti cilik ini kerana dikatakan manis menggayakan hijab meskipun masih kecil.

Eh betul lah! Ada iras-iras sikit muka Lyla dengan Mira Filzah tapi apa-apa tak kisha lah wajah ikut siapa pun sebab dua-dua anak Scha dan Awal ni memang comel-comel belaka.

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-wow-comelnya-tak-sangka-wajah-anak-kedua-scha-al-yahya-lyla-amina-bertudung-dikatakan-persis-muka-mira-filzah/?fbclid=IwAR0Lri7n2PCzyL-cvxQjZK0vcbXwGmlWmVWFOx-angX3uJAn4o4NKNZR4iU

 

Artikel sebelum itu

SCHA ALYAHYA AKUI BUKAN TUGAS MUDAH LAYAN LARA & LYLA SAMA RATA, “BILA ADIK MENANGIS, LARA PUN MULA NAK MENANGIS”

SCHA AKUI BUKAN TUGAS MUDAH LAYAN LARA & LYLA SAMA RATA, “BILA ADIK MENANGIS, LARA PUN MULA NAK MENANGIS”

Berkongsi pengalaman menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Al-Yahya akui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.

SCHA AKUI SANGAT MENCABAR

Pelakon dan pengacara cantik ini akui sedang menyesuaikan diri untuk berlaku adik kepada kedua anaknya.

“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.

“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.

“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.

“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.

“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.

BERAT BADAN IDEAL LEPAS BERSALIN

Kini mendapat berat badan ideal selepas bersalin sememangnya menjadi idaman buat mana-mana wanita. Scha pula, tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil, sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.

“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.

“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.

“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.

“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya yang kini kembali sibuk bekerja dan memenuhi undangan berbuka puasa dan tugas sebagai duta bersama suami, Awal Ashaari dan anak sulungnya, Lara Alana.

Sumber: Sinar Plus

Sumber Foto: Instagram Scha Al Yahya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*