Hairul Azreen Menhadiahkan Hanya Sebuah Lilin Untuk Anaknya Membuat Netizen Terharu Gara-gara sikap Yusuf Iskandar

Baru mencecah usia 5 tahun, Yusuf Iskandar dipuji sangat matang kerana tidak ‘memberontak’ apabila mendapat hadiah lilin daripada bapanya, Hairul Azreen .

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita sejak kecil, sambutan hari jadi tidak akan lengkap tanpa ada pemberian hadiah lebih-lebih lagi daripada keluarga tersayang.

Sebuah hadiah itu merupakan tanda penghargaan dan kasih sayang yang sangat bernilai dan boleh didatangi dalam pelbagai bentuk.

Malah, kadang kala ada juga dalam kalangan kita yang mengharapkan hadiah yang `besar’ daripada insan tersayang sehingga tidak perasan bahawa pemberian hadiah yang kecil juga amat bermakna.

Menjelang hari istimewa anak-anak, sudah pasti mereka akan meminta hadiah daripada ibu bapa mereka terutamanya jika mereka berumur dalam lingungan 3 tahun ke atas.

Ini kerana mereka telah mengenali dan memahami maksud sebuah hadiah di sambutan hari jadi.

Baru-baru ini, putera Hairul Azreen dan Hanis Zalikha meraih perhatian orang ramai apabila lagaknya yang cuba untuk `menyimpan’ kesedihan yang terpalit di wajahnya di saat Hairul hanya memberikan hadiah sebuah lilin kepada anaknya, Yusuf Iskandar.

Yusuf yang sedang leka bermain ketika itu kelihatan teruja apabila melihat bapanya, Hairul datang membawa kotak hadiah.

Setelah membuka bungkusan kotak yang berisi lilin dan pemetik api, jelas terserlah di wajah Yusuf yang tampak sedih sedikit namun masih kekal ceria dan tidak lekang senyuman di bibirnya.

Bayangkan anak kecil yang baru mencecah usia 5 tahun itu bersikap sangat `matang’ dan seakan tidak mengharapkan sesuatu hadiah atau sambutan yang lebih besar daripada ibu bapanya.

Hairul yang pada awalnya hanya ingin bergurau dengan anaknya mengaku terharu dan tidak sampai hati untuk meneruskan ‘prank’ tersebut apabila melihat reaksi anaknya yang berada di luar jangkaannya.

Yusuf seolah-seolah amat menghargai dan tidak mempersoalkan pemberian kecil bapanya itu. Hati ibu bapa mana yang tidak akan cair apabila karenah anak kecil yang yang masih `mentah’ itu tersenyum menerima hadiah yang diberi dengan sepenuh hati.

Menerjah di ruangan balas sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram Hairul, ramai dalam kalangan pengikut keluarga bahagia ini turut terharu melihat reaksi Yusuf yang bijak menyimpan rasa sedih.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji pasangan ini kerana berjaya membentuk dan mendidik Yusof menjadi seorang anak yang berbudi bahasa.

Aduhai, anak soleh sungguh Yusuf ini, sejuk perut Hanis mengandungkannya.

Namun, Hanis dan Hairul telahpun membuat perancangan awal untuk menyambut sambutan hari jadi anak lelakinya itu.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Hanis di Instagram miliknya, tema Birthday Yusof pada tahun ini adalah berkonsepkan nombor dan blocks yang amat diminati oleh Yusof.

Sweetnya! Sebelum ini, sambutan hari jadi puterinya Alisa Aisyah turut disambut dengan meriah dengan bertemakan FunFair.

Meskipun sambutan kecil ini di sambut dalam rumah sahaja, namun Hairul dan Hanis tetap berusaha dan bekerjasama untuk meraikan insan yang tiada gantinya dalam hidup mereka.

Selamat hari lahir, si cilik pandai Yusuf Iskandar! Semoga menjadi seorang anak berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada ibu bapa.

 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-dapat-lilin-sebagai-hadiah-yusuf-iskandar-dipuji-matang-pandai-sorok-kesedihan/

 

Cerita seterusnya:

Yusuf Iskandar Ikut Siapa? Hairul Azreen Tidak Mengaku Tunjuk Tarian ‘Unik’ Kepada Anak

  1. Tingkah laku anak-anak kebiasaannya adalah cerminan ibu bapa yang mendidik dan membesarkan mereka.

 

Pada 20 Mei 2021, pelakon Hairul Azreen telah berkongsi satu video yang menunjukkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang sedang menari dengan tarian ‘unik’.

Bagaimanapun, Hairul menafikan tarian tersebut terinspirasi daripada beliau, sebaliknya memetik nama isterinya, Hanis Zalikha yang pernah membuat tarian serupa.

Perkongsian ini bagaimanapun hanya berbentuk hiburan dan berjaya mencuit hati para penonton.

Sementara itu, Hanis sempat meninggalkan komen beliau untuk perkongsian tersebut.

Namun tarian Yusuf itu dilihat comel, tidak kiralah kanak-kanak itu meniru Hairul atau Hanis.

 

 

 

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Via. : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-yusuf-iskandar-ikut-siapa-hairul-azreen-tidak-mengaku-tunjuk-tarian-unik-kepada-anak/

Article sebelumnya,

Siapa yang tak kenal kanak-kanak memiliki raut wajah yang comel. Seorang anak yang cukup manja dan bijak serta abang yang penyayang. Bahkan, setiap kali dimuat naik kisahnya pasti ramai yang teruja menunjukkan dia disayangi ramai.

Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman. Terbaru, menerusi laman instagramnya, Yusuf meminta daddynya, Hairul Azreen mengajarnya berwuduk.

Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”

 

 

Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺

Permintaan si comel ini juga membuatkan ibunya, Hanis Zalikha terharu dan membalas status tersebut dengan meletakkan emoji mata berkaca. Ibu mana yang tak sebak kan bila anak yang masih kecil sudah menunjukkan minat untuk belajar sesuatu yang bagus.

Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi dari ramai pengikutnya. Rata-rata memuji akan kecerdikan anak sulung pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini.

Via https://www.keluarga.my/hari-hari-cakap-anak-soleh-mommy-baru-4-tahun-tapi-bijak-yusuf-minta-daddy-ajar-ambil-wuduk-sentuh-hati-netizen/?fbclid=IwAR141zHXsTFusMVp_U_NJuE0SIRmStXi90dFHOfz45TekhHKvwH4ykM21.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*