Marissa Dania kongsi video, cantik persis Abby Abadi jadi bualan wargamaya

Marissa Dania kongsi video, cantik persis Abby Abadi jadi bualan wargamaya

Anak kedua kepada selebriti, Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim yang dinamakan Marissa Dania sudah tidak lagi perlu diperkenalkan kepada umum kerana sedari kecil menjadi perhatian peminat.

Mana tidaknya, anak kedua Abby Abadi ini sering dipuji kematangannya berbanding usia dan pernah vir4l di media sosial kerana kecantikannya. Mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan.

Biarpun begitu Marissa Dania yang semakin meningkat dewasa dan cantik kini sering menjadi tumpuan netizen menerusi Instagram dimana anak perempuan Norman Hakim ini juga sering membuat review tudung di Instagram dan sebagainya dan satu posting terbaharu Marissa Dania ini pula membuatkan dia sekali lagi menarik perhatian ramai.

Ruangan komen di posting mencetuskan Marissa Dania menerima ratusan reaksi memuji kecantikan dirinya yang tidak jemu dipandang netizen.

Malah ujar peminat ibunya pula, Marissa Dania saling tak tumpah cantik seperti Abby Abadi ketika muda dahulu sehinggakan video dikongsikan anak selebriti berusia 15 tahun ini menerima ribuan tanda suka.

Ternyata video Marissa Dania itu mengundang netizen terpegun melihat kecantikannya sehingga rakaman video yang dimuat naik itu mendapat ribuan tontonan daripada peminat dan pengikutnya.

 

“Cantik sangat awak ni…”

“Cantik macam Abby…”

“Cantik betul anak Kak Abby ni, betul-betul mewarisi kecantikan mak dia”

 

Artikel Berkaitan

Video Abby Abadi Buat Peminat ‘Confuse’ Mana 1 Adik dan Kakak

Kalau dulu pelakon Abby Abadi pernah kelihatan cantik sewaktu muda, tetapi kini walaupun sudah berusia 44 tahun beliau masih lagi nampak seperti baru berusia 30-an.

Seperti ibu yang lain, Abby turut menjadi seorang ibu yang sporting dengan melayan kerenah anak-anaknya dengan membuat video TikTok bersama anak gadisnya iaitu Marissa Dania.

Dania merupakan anak kedua Abby daripada hasil perkahwinan bersama bekas suami iaitu Norman Hakim sekitar tahun 2002 yang lalu.

 

Keletah dua beranak itu telah menarik perhatian ramai sehingga ada yang sempat bergurau mengatakan Abby dan Dania persis seperti pasangan adik beradik.

Abby kelihatan 10 tahun lebih muda ketika menggayakan busana berwarna putih bersama tudung peachtersebut.

Sekali pandang memang nampak macam adik beradik la, tak nampak macam anak dan ibu langsung.

Best la dapat mak sporting macam Abby ni, boleh layan anak-anak buat video TikTok lagi kan!

Sumber foto dan video: Instagram Abby Abadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*