“Tk pvas tengok..” – Dah berhijab? Peminat doakan Fazura istiqamah

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengundang persoalan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berhijrah.

Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mendoakan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhijab sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai hijab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Cantik! Tak puas tengok

Sukanya tengok dia bertudung

Moga istiqamah!

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan.

 

Sumber : https://ohmymedia.cc/tak-puas-tengok-dah-berhijab-peminat-doakan-fazura-istiqamah/

 

Artikel Sebelum ini

 

“Tak Ada Darah Campuran, Fazura Wanita Melayu Paling Cantik”

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat IG Live bagi mempromosikan produk kecantikan keluarannya. Tampil simple dengan kemeja dan selendang hitam, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikannya itu.

 

Malah, di laman Twitter tular video Fazura bercakap di IG Live tersebut. Meskipun mengetahui pelakon itu sememangnya cantik, namun rata-rata mereka tidak berhenti memuji kecantikan semula jadi Fazura.

Kata netizen lagi, Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 37 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

 

Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan.

 

Sumber :https://www.rotikaya.com/tak-ada-darah-campuran-fazura-wanita-melayu-paling-cantik/.

 

Artikel Sebelum Itu,

Kongsi gambar Fatima sedang tidak sihat, peminat Fattzura titip doa buat puteri sulung Fazura dan Fattah Amin .

 

“Ya Allah anak oi… acik yang tak senang duduk tengok kamu saklt macam ni…sabar ya sayang itu tanda nak membersar la tu…Syafakillah Fatima sayang”

 

 

Sebut sahaja FattZura, pasti ramai yang sudah mengenali pasangan selebriti dua sejoli ini, dengan kehadiran puteri sulung, Fatima sebagai pelengkap seri keluarga kecil ini menambahkan lagi keg.ilaan’ orang ramai terhadap pasangan pelakon yang pernah menjadi fenomena dalam dunia hiburan.

 

Secocok dan perfect familymerupakan antara ungkapan dan pujian yang sering diberikan oleh peminat kepada keluarga kecil ini.

 

 

Walau bagaimanpun, menerusi sumber sebuah laman portal, beliau pernah meluahkan rasa serba salah dan tidak mahu peminatnya terlalu obses dengan terma `FattZura’ yang dahulunya rancak digunakan khususnya di laman sosial.

 

Meskipun ada yang menyifatkan penggunaan hashtag Fattzura itu merupakan satu doa buat kedua-dua pasangan ini yang telah berjaya disatukan oleh peminat, namun ianya sudah pasti atas suratan jodoh.

Tidak salah untuk meminati mana-mana pasangan selebriti, apatah lagi peminat sememangnya gemar untuk mengetahui akan aktiviti harian yang dilakukan oleh selebriti kesayangan mereka.

 

Mengetahui bahawa rutin kehidupan Fazura dan Fattah pastinya berubah 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama mereka selain tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka dengan kurniaan seorang anak.

 

 

Terbaharu, memuat naik gambar di Insta Story, Fazura memberitahu kepada peminatnya bahawa puterinya sedang mengalami demam.

 

Menerusi laman akaun milik bayi pasangan selebriti ini, Fatima dikhabarkan sedang beralih bulan dan berkemungkinan bakal tambah gigi.

 

Hal ini berkemungkinan bahawa apabila bayi mengalami demam atau biasanya suhu tubuh badannya tidak terlalu tinggi dan perkara ini pasti terjadi pada saat proses pertumbuhan gigi bermula.

 

Walau bagaimanapun, ibu mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kecil merengek dan tidak sihat akibat kemunculan gigi pertama mereka namun, kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi tersebut sedang membesar.

 

“demam-demam pun come! tauuu fatima ni, pipi ti geram jeee aunty tengok. Ni baru definisi pipi merah-merah…”

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Fattzura meluahkan rasa risau terhadap kondisi bayi pasangan selebriti kesayangan mereka ini selain mendoakan agar diberikan kesembuhan.

 

 

 

Walau bagaimanapun, Fatima kelihatan semakin sihat dan kembali pulih melalui sebuah video pendek yang memaparkan bayi camel itu sedang membaca buku dengan ayahnya.

 

Alolo, comel betul Fatima baca buku dengan daddy! Semoga cepat sembuh ya. Peminat-peminat Fattzura jangan lupa “amin-kan” doa buat kesembuhan Fatima juga ya.

 

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-anak-fazura-dan-fattah-amin-demam-peminat-fattzura-tak-senang-duduk-melihat-kondisi-fatima-sakit/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*