“Saya Pun Tak Lalui Fasa Yang Mudah” – Atas Pertanyaan Ramai, Hairul Azreen Kongsi Cara Buat Badan Untuk Filem

Mungkin ada yang tak tahu pelakon, Hairul Azreen memulakan kariernya di dalam bidang seni lakonan sebagai seorang stuntman ataupun pelakon lagak aksi. Setelah menjadi juara di dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Hairul mengorak langkahnya dengan lebih luas dalam industri seni filem mahupun drama.

 

Nama Hairul mula diangkat selepas dia membintangi filem Paskal yang merupakan filem pecah panggung. Jika anda pernah menonton filem berkenaan, pasti anda tahu bagaimana Hairul beraksi. Menerusi filem itu juga, Hairul bukan sahaja dipuji dari segi lakonannya yang memang mantap tetapi dia juga menerima pujian berikutan tubuh badannya yang sado.

Perjalanan membina badan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi nak mengekalkan bentuk badan, ianya ternyata lebih sukar namun Hairul berjaya melakukannya. Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya kepadanya tentang cara membuat badan untuk filem, Hairul menjawab pertanyaan tersebut dengan berkongsikan persiapan untuk filem terbarunya “The Assistant” melalui Instagram story.

 

Hairul memulakan coretannya dengan berkata bahawa dia tidaklah sepandai mana tetapi dia hanya ingin berkongsi perjalanan kehidupannya serta apa yang dia lakukan sebagai rutin. Menurut Hairul dia memulakan harinya pada pukul 6 pagi setiap hari. Latihan yang dilakukan terbahagi kepada beberapa bahagian.

Latihan fitness yang pertama bermula pada pukul 10 pagi sehinggalah 12 tengahari bersama seorang jurulatih. Kata Hairul, latihan yang pertama ini adalah latihan yang paling memenatkan dan biasanya selepas latihan ini Hairul akan “pancit”. Walaupun dah “pancit” tak bermakna hari dah habis tau. Kata Hairul, “ini baru permulaan hari saya”.

Pada pukul 2 petang, Hairul akan pergi ke Petaling Jaya pula untuk menyambung sesi latihan. Latihan kali ini memerlukan Hairul untuk membetulkan teknik tendangan, tumbukan dan menghafal pergerakan dalam filem bersama-sama dengan pelakon lagak aksi yang lain. Sesi ini mengambil masa selama 3 jam.

 

Menurut Hairul, untuk filem “The Assistant” ini, dia mengambil seorang guru lakonan bagi mengasah teknik lakonannya. Kelas tersebut mengambil masa dalam setengah jam. Sesi latihan yang seterusnya pula bermula pada pukul 8 sehingga 9 malam bersama seorang lagi jurulatih.

Fuh, nampak memenatkan dan ekstrem betul latihan yang dilakukan oleh Hairul ni. Menerusi perkongsiannya, Hairul berkata bahawa dia pernah buat badan jadi gemuk untuk filem “Pasal Kau” dan dia juga pernah mencapai peratus lemak badan sebanyak 3.5% di dalam filem “Wira”.

Menurut Hairul perjalanannya membina badan bukanlah suatu perjalanan yang mudah namun kata Hairul jika kita kerap memberi pelbagai alasan, kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita mahukan. “Saya pun tak melalui fasa yang mudah”, akui Hairul.

 

“Ingat tak dulu saya pernah kongsi, kita nak jadi seorang yang suka bagi alasan ke atau nak bertindak? Pilihan di tangan anda..”

 

Di akhir katanya, Hairul sempat memberi pesanan bahawa tidak kiralah apa pun cita-cita dan impian kita, sentiasa berusaha sehabis baik dan jangan mudah berputus asa. “The best never rest”, itulah kata-kata Hairul yang sangat menginspirasikan.

Memang hebat Hairul ni. Sorang pelakon yang sangat berdedikasi dan selalu berikan yang terbaik dalam karyanya. Terbaik Hairul! Apa pun kita doakan agar perjalanan kerjayanya dalam bidang ini dipermudahan dan teruslah menjadi inspirasi buat mereka di luar sana.

Sumber : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-atas-pertanyaan-ramai-hairul-azreen-kongsi-cara-buat-badan-untuk-filem/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*