Wanita ini ‘cool’ dituduh berfesyen ikut trend artis, dah lama berpurdah sebelum Neelofa

MULA mengenakan purdah sejak berumur 13 tahun, perjalanan gadis muslimah ini ternyata mencuri perhatian ramai.

Kini berusia 23 tahun, Nur Syarifah Shahirah Osmarul turut menjadi inspirasi kepada sebilangan kaum hawa menerusi dakwah yang dilakukan dengan cara tersendiri.

Mesra disapa Syarifah, dia mengakui sering menerima mesej-mesej individu yang menyuarakan hasrat untuk mengikut jejak langkahnya.

“Saya sering kongsi gambar di media sosial untuk beri inspirasi kepada kaum hawa yang lain.
“Walaupun ‘bertutup’ sebegini, kita masih lagi boleh berfesyen seperti biasa… tapi kena tahu batas-batasnya.

“Ramai juga yang mesej, yang nak ubah ikut berpakaian macam saya. Saya sangat gembira, ada yang free hair tapi dah berubah selepas dia kenali saya.

“Sangat seronok bila dapat beri inspirasi dan lihat orang lain berubah juga,” ujarnya kepada mStar.

Dia mula berpurdah ketika berusia 13 tahun.

Menurut gadis dari Kuantan, Pahang itu, dia juga tak terlepas menerima komen kecaman di media sosial.

“Saya berpurdah sejak umur 13, ketika itu saya belajar di madrasah dan Alhamdulillah konsisten sehingga ke hari ini.

“Saya terima banyak komen negatif. Ada yang kata saya tiru Neelofa, sedangkan saya dah lama pakai.

“Ada juga yang kata saya berpurdah untuk tarik ajnabi. Saya tak hiraukan komen negatif, kita tahu diri kita bagainnana,” ujarnya.

Syarifah bersyukur dapat beri inspirasi kepada sebilangan kaum hawa yang mengikuti perjalanannya.
Menurut Syarifah lagi, dia juga terkejut apabila satu video yang dihasilkan secara suka-suka baru-baru ini meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram.

Dalam video itu, dia turut menyatakan ayat ‘Pantai Timur darahku, utara seleraku’ sehingga mengundang perhatian ramai.

Jelas Syarifah, dia turut menerima ramai pengikut baharu penangan video tular itu yang mana rata-ratanya berasal dari negeri utara.

“Saya buat video itu ikut trend saja. Tak sangka viral. Naik beberapa ribu followers, ramai yang dari utara,” ujarnya berseloroh. Untuk rekod, Syarifah kini memiliki lebih 95,000 pengikut lnstagram.

 

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*