Hairul Azreen & Hanis Zalikha bahagi kerja rumah Biarpun Tanpa Orang Gaji

Pelakon dan pengarah, Hairul Azreen, 33, mendedahkan dia dan keluarga kecilnya tidak mempunyai pembantu rumah.

Hairul atau nama lengkapnya, Hairul Azreen Idris memaklumkan, dia dan isteri, Hanis Zalikha, 31, sebulat suara untuk membahagikan kerja di rumah mereka.

“Saya kena kemas rumah sebab kami tiada pembantu rumah. Sekali sahaja seumur hidup saya ada pembantu rumah. Itupun dah balik for good (buat selamanya).

“Walaupun beras saya beli tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah itu kerja saya. Kami bahagia tugas masing-masing. Keknis (Hanis) cuci baju, lipat kain dan semualah.

“Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” dedahnya menerusi Instagram Story.

Dalam satu muat naik foto berbeza di Instagram Story, pengarah filem Ada Hantu itu memaparkan keadaan sinki rumahnya yang dipenuhi pinggan mangkuk yang belum dicuci.

Kalau ada helper (pembantu rumah), tidak akan jadi macam ini,” tulisnya berserta emoji ketawa.

Hairul dan Hanis berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisya, 2.

Sebelum ini, ramai memuji cara pasangan selebriti ini mendidik anak mereka sehingga anak pertama, Yusuf sudah boleh menghafal sifir dua, tiga, lima dan tujuh walaupun baru berusia lima tahun. – K! ONLINE

Pelakon terkenal Hairul Azreen mendedahkan dirinya dan isteri, pengacara Hanis Zalikha tidak mempunyai pembantu rumah atau ‘maid’ di rumah mereka.

Sama2 buat kerja rumah

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, pemilik nama Hairul Azreen Idris itu berkata mereka berdua bekerjasama dan membahagikan tugasan kerja rumah.

“Habis training mesti korang ingat saya rehat kan? Tidak saya kena kemas rumah. Sebab kami tak ada pembantu/maid, sekali je seumur hidup saya ada pembantu itu pun dah balik for good,”tulisnya.

Hairul cuci pinggan & kemas rumah, Hanis pula cuci baju & lipat kain

Dalam beberapa ‘posting’ lain pula, bintang filem Paskal itu menunjukkan gambar sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang masih belum dicuci.

“Kalau ada pembantu rumah, takkan jadi macam ni. Walaupun beras saya beli hahah tapi cuci pinggan vakum karpet & sapu satu rumah tu kerja saya.
“Kami bahagi tugas masing2, Keknis dia cuci baju lipat kain semualah, saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 33 tahun berkenaan, disebabkan mereka tidak menggaji pembantu rumah segala kerja menguruskan rumah dan anak haruslah dibahagikan sama rata antara satu sama lain.

Wah, bagus sungguh strategi Hairul dan Hanis! Masing-masing bekerjasama, barulah rumah tangga harmoni sentiasa.

Untuk rekod, Hairul berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar dan seorang anak perempuan diberi nama Alisa.

Sumber : https://ohmymedia.cc/tak-ada-maid-hairul-azreen-hanis-zalikha-bahagi-kerja-rumah-sama-rata/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*