Viviana Abdullah dedah personaliti Fazura & Neelofa.. Tak DiSangka Yang “Bertutup Litup” Rupanya…

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram selebriti media sosial Viviana Abdullah, pasti mengetahui personaliti berperwatakan lembut itu gemar berborak dan mengupas pelbagai isu bersama pengikutnya.

Terbaru, menerusi sesi Instagram ‘live’, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud sempat bercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja bersama dua selebriti tersohor iaitu Fazura dan Neelofa.

Pendapat mengenai Fazura

Bercakap mengenai Fazura, Viviana menyifatkan pelakon popular itu mempunyai personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

Malah Viviana berkata, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak berpura-pura terhadap diri sendiri selain tegas apabila membabitkan soal kerja.

“Fazura tahu bila nak jadi diva, bila nak ‘switch off’ jadi diva. Dia sangat merendah diri, dengan peminat dia paling menjaga. Dia tak plastik, jadi diri dia. Cuma bila bekerja, dia agak tegas,” katanya.

Pendapat mengenai Neelofa

Bagi Neelofa pula, Viviana lebih memilih untuk berdiam diri mengenai personaliti bekas pengacara MeleTOP itu kerana sedar pasti akan menerima kecaman daripada orang ramai.

Tambah Viviana, ia kelihatan seperti mahu memburuk-burukkan situasi sekiranya dia bercerita lanjut tentang usahawan popular berkenaan.

Sumber : ohmymedia

 

sebelum ini

“Terima Kasih Puan Neelofa” Neelofa Sumbangkan 15 Katil Kegunaan H0spital Melaka

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa dikhabarkan telah melakukan sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pes.akit Cvidl9 di Hospital Melaka.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di bahagian kece.masan h0spital tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.

Alhamdulillah… terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pes.akit Cvidl9 di Hospital Melaka,” tulisnya.

Malah, selebriti sensasi berusia 32 tahun itu dan kakaknya Noor Nabila juga dilihat meninggalkan tanda suka pada posting tersebut.

Dr Abdul Rahman turut berkongsi di TikTok

Prihatin dengan situasi semasa, doktor tersebut merakam ucapan terima kasih dan mendoakan agar Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendapat ganjaran pahala kelak.

“Semoga Allah SWT memberi ganjaran amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya.

Selain itu, seorang pengguna Facebook bernama Aznil Hisham mendakwa pada mulanya pihak hospital hanya memerlukan 10 buah katil sahaja namun menerima lebih daripada yang disangka.

“2 minggu lepas, DARK (Dr Abdul Rahman Abdul Kadir) beritahu bahawa hospital beliau kekurangan katil. Pesakit² covid terpaksa duduk di lantai.
“Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yang bernilai RM 6,000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil,” dakwanya.

Sumber : https://ohmymedia.cc/neelofa-sumbang-15-katil-pesakit-covid-19-di-hospital-melaka-bernilai-rm90000/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*