“Mungkin Ada Rezeki Lain ” – Usia kandungan 3 bulan, isteri Nabil Ahmad kegugvran

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad reda dan menganggap tiada rezeki untuk menimang cahaya mata keempat apabila isterinya Zira Ayub mengalami kegu.gur.an, kelmarin.

Menurut laporan mStar Online, selebriti berusia 38 tahun itu baru mendapat tahu isterinya hamil sekitar dua minggu lalu dengan kandungan memasuki usia tiga bulan.

“Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang.
“Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tiada… tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya.

Pengacara program MeleTOP itu berkata, dia sudah memasang impian untuk memiliki cahaya mata lelaki pula kerana telah mempunyai tiga anak perempuan.

Saya tak kisah pun sebenarnya baby girl or baby boy cumanya saya ada juga berharap kalau boleh nak baby boy sebab tiga sebelum ini perempuan.
“Saya dan isteri pun memang planning usia jarak anak-anak kami… kiranya masa ini memang sesuai untuk anak keempat tapi tiada rezeki tak mengapa, kami okay sahaja,” kongsinya.

Terdahulu, Zira memuat naik reels berkongsi berita sedih itu di laman Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

“InsyaAllah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi..”

Pasangan tersebut berkahwin pada 2011 dan mereka dikurniakan Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6, dan Mishall Imani yang kini berusia dua tahun.

Sumber : ohmymedia

“Saya Memang Nak Dia Bertudung,” – Nabil Ahmad Komen Isteri Dah Bertudung Litup, Harap Kekal Istiqamah Bersama Ke Jalan Allah.

Baru-baru ini, penampilan positif yang ditonjolkan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad bersama isterinya, Zira Ayub mendapat perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Malah, perubahan yang dibawa hos program hiburan, MeleTOP itu turut mendapat reaksi positif para peminat.

Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebenarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah ‘on-off’ pakai tudung dah dua tiga kali.

“Tapi saya perasan, dia ‘on-off’ pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung. Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqammah sama-sama dengan saya,” katanya kepada MH.

Di samping itu, pengacara berusia 37 tahun ini turut memberitahu, kehidupan rumah tangganya kini lebih tenang dan harmoni selepas masing-masing cuba berubah ke arah yang lebih baik.

Saya dulu suka marah-marah bila ada benda tak kena. Asyik nak marah sahaja. Suami isteri biasa bergaduh, normal untuk orang yang dah kahwin…

 

“Perubahan dia dalam keluarga saya tu, saya susah nak gambarkan. Perwatakan dia dan orang-orang yang ada dalam rumah saya sekarang ni berbeza disebabkan agama.

 

“Betul, bila kita dah ada agama ini dan bila Dia sudah bagi hidayah… alhamdulillah saya bersyukur. Harap sangat saya boleh kekal istiqamah juga” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

https://www.mediahiburan.my/saya-memang-nak-dia-bertudung-nabil-ahmad-komen-isteri-dah-bertudung-litup-harap-kekal-istiqamah-bersama-ke-jalan-allah/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*