Terapkan Ajaran lslam Dalam Keluarga, Ramai Puji Cara Saharul Ridzwan Didik Anak

Saharul dan isteri sering mengajar anak-anak mereka tentang ilmu agama Islam walaupun mereka masih kecil.

Sebagai umat lslam, sudah semestinya kita perlu menerapkan ajaran agama di dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecik supaya mudah untuk didik apabila sudah besar kelak.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh pelakon Saharul Ridzwan apabila beliau dan isteri, Deena Amir sudah mula mendedahkan ilmu agama pada dua orang cahaya mata mereka.

Menerusi posting terbaharu di laman Instagram milik Saharul, beliau telah kongsikan satu video pendek menunjukkan anak-anaknya iaitu Muhammad Luth Ali serta Fateema Azzahra sedans bermesra bersamanya.

Dalam masa yang sama, caption yang ditulis oleh Saharul itu juga telah membuatkan ramai tersentuh hati.

Mereka turut memuji cara Saharul dan isteri dalam mendidik anak-anak serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Sebelum ini, Saharul sering kongsikan video serta foto menunjukkan beliau bersama Deena mengajar Ali dan Fateema untuk solat serta mengaji.

Walaupun masih kecil, usaha itu merupakan salah satu cara untuk membuatkan mereka terbiasa apabila sudah besar nanti.

Semoga cara yang dilakukan oleh Saharul dan Deena ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua dalam membina keluarga bahagia.

Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.

Sumber foto dan video: Instagram Saharul Ridzwan

 

“Seperti Nikah Kali Kedua” Cinta Berputik Semula, Saharul Ridzwan Mahu Ditemani Di Syurga

Kongsi kebahagiaan di sosial media, Saharul Ridzwan kini jumpa ‘cinta’ hakiki.

“MashaAllah…Bimbingilah bidadarimu…pastinya bidadarimu akan bahagia menghadiri masturat dan mendengar bayan…Mengenal Allah dan Rasulullah. Alhamdulillah Tahniah Saharul Ridzwan.

Dia antara pelakon lelaki yang tidak mahu disentuh.


Prinsipnya kuat dalam menjaga batas bagi setiap lakonan watak yang dibawa, dia sentiasa menerima pujian para selebriti wanita walaupun kadang-kala terdapat keperluan drama-drama tertentu yang memerlukan pelakon tersebut untuk melakonkan adegan romantik dan babak-babak bersentuhan.

Hal yang demikian menurut sumber laporan sebuah laman portal, Amyra Rosli ada menyifatkan pelakon, Saharul Ridzwan merupakan antara pelakon yang disenaraikan sebagai selebriti berprinsip.

Memuat naik video di laman TikTok, Saharul Ridzwan kini tampak `semangat’ dan fokus mahu lebih mendekatkan dirinya kepada Sang Pencipta disamping mahu membimbing isterinya, Deena Emir untuk sama-sama mencari kebahagian yang hakiki dan diredhai Allah.

Selain itu, menerusi laman Instagram miliknya, Saharul Ridzwan ada berkongsi bahawa beliau kini sedang belajar bertaklim bairpun hanya di rumahnya sendiri kerana mahu wujudkan suasana agama di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kagum dan bahagia melihat perubahan drastik yang ditampilkan oleh Saharul Ridzwan, apatah lagi niatnya mahu berubah itu disulami dengan tujuan untuk membahagiakan isterinya sebagai pendamping hidup ke jalan Allah.

“Izinkan saya bawa awak mencari cinta Allah dan Rawl In sha Allah dengan kin Allah”

Kata-katanya yang terungkap di captionvideo TikTok itu terlihat begitu tulus serta benar-benar mahu memperbaiki dirinya sebagai seorang suami yang terbaik.

“Aku mint gila dia berlakon sumpah charming, tapi susah jugak nak kekal istiqomah kalau dah jadi pelakon ni..sebah to siapa yang nak herubah mesti dah slow slow stop berlakon sebah nak elak daripada benda macam ni lah”

Jelasnya melalui sebuah sumber lama portal, walaupun kerjayanya sebagai seorang selebriti amat sukar untuk mengelak daripada menjaga batas tertentu, pelakon bagi drama terbaharu, Sabarlah Dubai Hall ini tahu akan teknik dan cara lain untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan.

Katanya, Saharul Ridzwan mahu tetapkan matlamat dalam hidupnya untuk terus mencari keredhaan Allah disamping bahagia bersama keluarga tercinta.
Alhamdulillah, semoga Saharul Ridzwan kekal istiqomah dan bahagia sampai syurga ya

Sumber : HotFm & Instagram Saharul Ridzwan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*