Sambut Secara Sederhana Dengan Patuh S0P, Majlis Aqiqah Anak Lisa & Yusry Terima Pujian

Aktres jelita Datin Lisa Surihani dan suami Datuk Yusry telah menganjurkan majlis aqiqah buat anak ketiganya, Yunos Laith pada Isnin.

Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi sebuah video pembungkusan makanan upacara aqiqah tersebut yang dilakukan secara sederhana untuk tatapan umum.

Apa yang menarik perhatian wargamaya, majlis dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dimana penyembelihan dua ekor kambing serta semua makanan diagihkan dan dihantar pada golongan asnaf dan keluarga terdekat.

“Terima kasih @kedaikopikl tolong permudahkan untuk kami laksanakan upacara aqiqah bagi anak kami Yunos Laith bin Yusry, dan membantu kami untuk agihkan dengan servis penghantaran makanan nasi arab dari penyembelihan dua ekor kambing bagi golongan asnaf dan keluarga terdekat.

Alhamdulillah selesai. Thank you sayang daddy @yusryabdhalim,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.

Selain itu juga, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri olehnya dan Yusry.

Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah anak Lisa dan Yusry ini menerima ramai pujian ramai apabila is dilakukan secara sederhana dan mematuhi S0P yang telah ditetapkan.

“Masya-Allah, inilah cara yang betul untuk melakukan majlis aqiqah. Tak perlu perhiasan berlebihan, membazir dan tidak perlu kehadiran ustaz selebriti,” komen seorang wargamaya.

“Ni baru betul majlis aqiqah ikut S0P,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah memang cara yang betul, mendahulukan asnaf Semoga ada keberkatan di situ,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah itulah yang sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga awak,” puji seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, idea yang terbaik untuk buat aqiqah. Banyak cara boleh lakukan majlis ni. Jodi anak yang soleh dan solehah ya The YL,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan serta foto cukur rambut meraih 90,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pada 15 Jun lalu, Lisa selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yunos Laith seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leanne, 4.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*