Ibu Mentua Order Makan ‘Seafood’ X Igt Dunia, Bil Cecah Sampai Rm1K, Bukan Suami Yg Bayar, Bila Aku Bergaduh Besar Dgn Suami, Tindakan Mentua Buat Aku Sakit Hati

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua pembaca. Aku dan suami beli rumah dan pindah masuk rumah baru kami. Kami ada seorang anak kecil. Sebelum ni memang kami tinggal asing, tapi (long story short).

Bila kami pindah masuk rumah baru, mak mertua dan adik ipar perempuan pun ikut tinggal dengan kami. Sebelum tu aku nak bagitau point penting: rumah tu dibeli atas nama suami dan nama aku. Aku dan suami kongsi bayar pinjaman rumah 50-50.

Lepas mertua dan ipar tinggal dengan kami, aku jadi stress. Mana taknya, aku selesa dengan kerja freelance aku sebab aku ada pendapatan di samping dapat jaga anak aku sendiri. Bila mertua aku ada, dia nak “c0nquer” anak aku.

Semuanya dia yang buat untuk anak aku – mandi, makan, pakai. Ye aku bersyukur dia jenis nenek penyayang. Tapi aku ni apa? Patung ke? Aku boleh buat semua tu, aku tak suruh pun dia buat cuma aku slow sikit sebab aku buat kerja freelance aku.

Mak mertua aku ni pulak jenis ‘pushy’. Kalau nak buat masa tu, kena buat masa tu jugak, tak boleh lengahkan. Aku tengah stress dengan deadline, aku sengaja biarkan anak aku mandi lambat sikit. Tapi mertua aku tak boleh terima, terus dia yang mandikan anak aku.

Dah, terus aku kena cop pemalas dan menghambakan mak mertua. Malam-malam aku tak dapat tidur dengan anak aku. Anak aku tidur dengan mertua dan adik ipar aku dengan alasan mereka sayang sangat kat anak aku. Ok baguslah macam tu.

Tapi bila kehadiran mereka dah mengganggu hidup aku dan suami, itu yang menjadi masalah. Mak dia pulak jenis mulut bising. Aku introvert, tak suka bising-bising. Aku rimas sebab personal space aku dah diganggu.

Aku tak masak hari-hari kat rumah sebab nanti anak dia yang lagi sorang akan datang ke rumah aku untuk makan masakan mak dia. Anak-anak dia yang lain memang memilih bab makan.

Tak suka makanan luar atau orang lain masak, nak mak dia jugak yang masak (awww so sweeetttttt). Aku basuh pinggan, aku vacuum, aku mop lantai semua orang tak nampak (ye lah, diorang kat pejabat).

Yang diorang nampak bila dah balik rumah, mak diorang yang tengah masak dan aku tengah goyang kaki kat bilik atas. Adik ipar aku tak pernah basuh atau lipat baju sendiri.

Pagi-pagi mak dia yang iron baju kerja dan siapkan sarapan dia. Siapa yang menghambakan mak eh dalam konteks ni?

Ni rumah pertama aku. Mestilah aku teruja kan. Mak mertua aku ni aku rasa ada sikap “sour gr4pe”. Mungkin dia terkilan sebab anak dia beli rumah letak nama bini tak letak nama dia.

Bulan pertama tinggal sini, dia cakap kat aku kawasan rumah ni banyak gagak. Gagak ni selalunya membawa maksud tak baik, ada orang nak buat jahat kat kita.

Pastu malam-malam bila tidur dia selalu kena kacau. Kami semua tak ada apa-apa pun, dia sorang je yang rasa macama tu. Dia macam nak cakap, rumah ni bawa sial (gagak, paranormal activity).

Dia selalu merungut rumah ni banyak semut la, lalat la, ulat la, habuk la. Macamlah rumah orang lain takde ser4ngga langsung.

Siapa yang tak makan hati dengar orang cakap macam tu? Aku dah bagi kau anak beranak menumpang rumah aku ni dah kira baik hati dah. (Aku tau ayat ni biadap tapi aku dah marah sangat).

Lagi satu. Adik ipar aku pakai kereta aku berbulan-bulan lamanya untuk pergi kerja. Tapi takde pulak dia offer untuk kongsi bayar pinjaman kereta aku. Kira macam pakai free la.

Bila aku ungkit dekat suami yang aku dah kongsi tempat tinggal aku dengan diorang, aku dah share kereta aku, anak aku pun aku share dengan diorang. Apa lagi diorang nak dari aku? Terus suami aku melenting.

Kami gaaduh kecil, tapi lepas tu kami baik balik. Aku keluar rumah sebab nak repair laptop. Mak dia hantar msg kat suami aku, cakap aku “no manners” sebab aku tak minta tolong dia jagakan anak.

Aku lepaskan macam tu saja. Dia kata memang tu cucu dia, tapi jangan lepaskan tanggungjawab semua kat dia. Ek? Bila aku nak jadi mak kat anak aku, dia dengan anak perempuan dia berebut-rebut nak jadi mak kat anak aku jugak.

Sekarang ni hantar sms batu api kat laki aku pulak. Aku sedih sangat. Aku dah bagitau dekat suami aku nak duduk asing. Tapi suami aku cakap, apa yang dia boleh buat?

Takkan dia nak suruh mak dia dan adik dia supaya cari tempat tinggal lain? Aku faham dilema dia. Aku diam. Aku selalu doa lepas solat, “Ya Allah ya Tuhanku, pulangkanlah kepadaku apa yang menjadi hak milikku.”

Lepas seminggu, kereta aku yang adik ipar aku bawa terlibat dalam kem4langan, kena masuk bengkel. Mak dia tak pernah minta maaf (bagi pihak anak dia) pun dekat aku. Mak dia buat donno jer. Aku guna kesempatan tu untuk ambil balik kereta aku.

Ada satu malam tu anak aku mungkin bermimpi buruk. Terjaga tengah malam menangis teresak-esak. Aku dan suami keluar bilik nak ambil anak dan pujuk anak, adik ipar aku suruh abang dia bagi anak aku kat mak dia supaya mak dia pujuk anak aku.

Aku macam WTH? Aku mak kepada anak aku. Bagilah kat aku. Aku bengang sangat aku terus hempas pintu masuk bilik. Cakap pasal hempas pintu ni, kadang-kadang bila mak mertua aku terasa hati dengan aku atau suami aku, dia akan merajuk masuk bilik dan hempas pintu. Aku tak suka, sebab ni rumah aku. Tolong behave.

Kemuncaknya bila aku dan suami bergaaduh besar. Puncanya aku bengang sangat mertua aku nak sangat jadi mak kepada anak aku, ada satu hari tu aku biar je anak aku kat dia.

Aku duduk melepak, main FB dan tidur siang kat dalam bilik. Semua benda aku sengaja biarkan mertua aku buat. Nak sangat jadi mak kepada anak aku kan, nah rasakan.

Bila suami aku balik kerja, dia mengadu kat suami aku. Itu yang buatkan kami suami isteri bergaaduh. Suami aku tengking aku suruh aku pergi kerja dan melabelkan aku pemalas.

Aku geram sangat. Memang aku tak kerja pejabat, tapi aku kerja jugak kan dari rumah. Kalau aku tak kerja, mana datang duit untuk bayar pinjaman rumah (bahagian aku RM 2000), bil Astro dan bil Unifi?

Aku bnci mertua aku dan adik ipar aku sebab pandai-pandai bawa mulut yang aku ni goyang kaki saja kat rumah. Adik ipar aku bagitau kat suami aku yang hari-hari mak dia menangis dan mengadu kat dia.

Aku tak ada perasaan bila dia cakap macam tu sebab aku tau mak dia drama queen sikit. Hidup mertua aku dah selesa- anak-anak bagi nafkah selalu, saakit demaam pergi hspital swasta.

Makan kat kedai seafood order makanan tak ingat sampai bil pun mencecah RM 1000, bukan suami yg bayar, pakai duit aku jugak. Holiday pun selalu jugak. Entah apa lagi yang tak cukup bagi dia.

Adik ipar aku cakap kat suami aku yang aku ni “ungrateful”. Aku geram. Bila aku dapat payment banyak, pertama sekali aku buat adalah aku belanja diorang.

Aku belanja adik ipar aku buat facial. Bukan facial RM 20-30 ringgit tu, tapi facial yang RM300 satu sesi. Aku belanja mak dia baju-baju dan macam-macam lagi.

Aku usahakan cari satu Shah Alam makanan kegemaran mak mertua aku. Ada dia nampak semua tu???? Mertua aku dan adik ipar aku dah naik tocang sebab bagi diorang, rumah ni rumah anak /abang diorang.

Jadi diorang rasa diorang ada hak. Diorang tak nampak lelah aku bekerja untuk tolong suami aku ringankan beban. Bila aku dan suami bergaaduh, mertua aku pun join sama. Niat dia baik, nak tenangkan aku (apsal tak tenangkan anak dia sendiri ek?).

Tapi aku melenting kat dia pulak sebab punca aku bergaaduh sebab mulut mertua aku. Terus dia tuding-tuding jari kat aku cakap aku ni degil dan biadap. Lepas episod gaaduh tu, aku start mencari kerja pejabat.

Tapi hati aku tak redha. Ni rumah aku. Kenapa aku pulak yang kena keluar (cari kerja)? Kenapa tak diorang je yang keluar? They BvLLD0ZED their way into my home. Aku solat dan minta doa lagi.

Aku doakan agar kami tinggal berasingan. Aku doa agar status dan hak aku sebagai ibu kepada anak aku sentiasa dipelihara.

Tetapi jika ditakdirkan lebih baik untuk aku tinggal bersama mertua, berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Allah itu Maha Mendengar. Sebulan lepas tu, adik ipar dan mertua aku bagitau yang mereka akan pindah keluar.

Kami dah tinggal berasingan. Sekarang ni hubungan kami lebih mesra dari dulu. Betullah orang cakap, mertua dan menantu tak boleh tinggal sebumbung,

tak kisahlah hubungan erat macam mana pun, lama-lama akan timbul perasaan menyampah juga kalau hari-hari asyik jumpa muka yang sama sebab kami tiada pertalian drah.

Walaupun aku sorang kena jaga rumah, jaga anak dan siapkan kerja, tapi hati aku tenang. Aku gembira. Aku dapat privacy dan personal space aku. Aku masih lagi dengan kerja freelance aku.

Mertua aku sangat look forward bila aku dan anak datang melawat dia kat rumah dia. Dia kata bila aku tak ada, dia kebosanan sebab tak ada kawan borak. Aku pun cakap kat mertua yang aku pun rindukan dia jugak (ayat pemanis je).

Sumber KRT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*