Wanita tersama baju dengan pasangan ini, reaksi teman lelaki pasangan itu tarik perhatian warganet

Seperti biasa, satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila kita terpakai baju yang sama dengan orang lain. Walau bagaimanapun, membeli pakaian ditempat lain juga perkara berkenaan tidak dapat dielakkan kerana sudah tentu pihak penjual akan membuat design yang sama berulang kali apatah lagi jika ia mendapat sambutan baik dari pembeli.

Pun begitu, situasi terjumpa seseorang yang memakai baju yang sama rasanya bukanlah semua suka malah ada antaranya akan memilih untuk mengelak dari terserempak.

Sebelum ini, bagi wanita akui dimana rata-rata dari mereka menganggap situasi itu memalukan sehingga membuat mereka akan cuba mengelak namun ada juga yang sebaliknya.

Terdahulu, pernah kami kongsikan seseorang lelaki yang viral apabila membuat reaksi sempoi setelah terserempak dengan seorang wanita apabila mereka terpakai baju yang sama.

Terbaru pula, satu rakaman video dikongsikan menerusi Instagram Hot FM membuatkan orang ramai terhibur apabila warganet berseloroh mengenai situasi yang dihadapi oleh tiga orang individu ini.

Difahamkan, satu pasangan memakai baju yang sama dan menerusi rakaman video dapat diperhatikan seorang wanita terserempak dengan mereka dan tidak disangka-sangka pihak lelaki pula yang mulai perasan akan hal itu.

 

“Alamak! Tersama pulak baju dengan couple tu. Bukan niat dia hahaha…”

Gara-gara situasi tersama baju, warganet meninggalkan pelbagai seloroh diruangan komen disamping perkongsian video itu ditonton lebih 80 ribu kali.

 

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*