Muat Naik Kenangan Anak Pertama, Rita Rudaini Dipuji Sebab Tk Ajar Anak Lupa Bapa

Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri.

Malah, Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak-anak memben.ci bapa kandung mereka walaupun terdapat pelbagai k0ntr0versi yang tercetvs.

Terbaru, Rita Rudaini menarik perhatian pengikut apabila memuat naik ucapan penuh syahdu sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak sulung, Airit Rayyan Rizqin.

Bersama ucapan tersebut, Rita Rudaini memuat naik video kenangan memaparkan Rayyan sewaktu kecil sehinggalah meningkat usia.

Cinta pertama kami… Permata pertama kami… Syurga kami… Sampai bila-bila.. Doa mommy, semoga AIRIT RAYYAN RIZQIN menjadi anak yang baik akhlaknya, bertanggungjawab, anak yang soleh yang selalu mendoakan mommy dan daddy di setiap sujudmu…

Selamat Hari Lahir AIRIT RAYYAN RIZQIN

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan memuji kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu. Mereka turut mendoakan agar anak sulung pelakon ini menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada dua ibu bapanya kelak.

Ada segelintir berkongsi rasa sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapa walaupun tempohnya tidak lama. Apa-apa pun, Happy birthday Rayyan

 

Sumber : https://beautifulnara.com/muat-naik-kenangan-anak-pertama-netizen-puji-rita-rudaini-tak-ajar-anak-lupa-bapa/

Artikel berkaitan sebelum ini

Rayyan Suka Mi Goreng Macam Bapanya Juga,Rita Rudaini Nafi Masih Tak ‘Move On’

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia tampil berkongsikan hidangan kegemaran anak lelaki sulungnya, Airit Rayyan Rizqin iaitu mi goreng basah yang juga kegemaran bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Mee goreng basah. Fav Rayyan mee goreng. Memang turun pak dia suka makan mee goreng..”tulis Rita di ruangan kapsyen foto tersebut.

Enggan mencetuskan kontroversi lanjut, Rita memaklumkan perkongsian tersebut bukan bermaksud dia ingin mengungkit kisah lama namun hakikat yang sebenarnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan sokongan terhadap tindakan Rita yang sering mengingatkan anak-anaknya tentang asal-usul mereka.

“Memang salah seorang anak akan ikut sama betul perangai mak dengan pak dia. Itupun kalau orang sana cakap you tak move on lagi tak tahu la nak cakap apa..”komen seorang peminat.

Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin,12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 yang kini di bawah jagaan Rita Rudaini.

 

Sumber :https://beautifulnara.com/memang-ikut-pak-dia-rayyan-suka-mi-goreng-rita-rudaini-nafi-masih-tak-move-on/

Sebelum ini

Tanpa Suami Pun Rita Rudaini Tgas Didik 2 Puteranya Solat Dan Mengaji. Sampai Anak Tertidur Di Tikar Sejadah

Bergelar ibu-bapa ini bukanlah hanya sekadar gelaran semata-mata, ilmu dan agama tidak boleh diwarisi melainkan anak-anak diajar dan dididik dengan baik dan sempurna.

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu-bapa di dunia ini pasti mahu setiap anak yang dilahirkan, diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Namun, tugas mengasuh dan mendidik ini tidak Iah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Menyedari hal itu, umum mengetahui bahawa aktres jelita dan berbakat besar, Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal.

Biarpun memegang amanah dan menggalas dua tugas sebagai ibu dan ayah lantaran dalam kesibukkan kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakan olehnya, Rita tidak pernah mengabaikan dua orang permata hatinya iaitu hasil daripada perkahwinannya bersama dengan bekas suami, Mohd Aidil Zafuan.


Terbaru, Rita ada berkongsikan gambar kedua-dua puteranya yang sedang tidur di atas tikar sejadah kerana dikatakan menjalani ibadah puasa dan seusai membaca Al-Quran di subuh hari.

“Kul 5 depa sahur 1ps to baca (wan sblm subuh..lps subuh paksa depa sub tido(‘ sat nnti mommy kejut online class…tu pon jenuh paksa..last2 terlelap jugak depa…mommy ja yg xle lens dr mlm td sbb stre.ss dok tgk video p4lest1ne ”

Hantaran yang dimuat naik itu telah meraih perhatian warganet yang begitu kagum akan cara didikan ibu tunggal ini dan memuji sifat tgasnya meskipun ketiadaan suami mahupun ayah yang sering dikatakan berwatakan lebih `grang’ dan ditakuti oleh anak-anak.

Mengetahui bahawa bukan senang untuk mendidik anak, Rita telah lama menerapkan didikan agama dari kecil agar menjadi kebiasaan dan membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Biarpun membesarkan dua orang anak lelaki tanpa seorang bapa bergelar suami di sisi, namun Rita berjaya membesarkan putera kesayangannya dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang mencukupi.

Bukan sekadar didikan agama, malah Rita juga sering bertukang, mengecat rumah, memasak bahkan mengubah-suai dalam pelbagai bentuk dekorasi (DIY) yang dilakukan bersama anak-anaknya sebagai aktiviti mengisi masa lapang.


“Bagusnyaa lahaii..didikan tu serupa mcm ada 10 bapak dan 10 mak yg didik tp sbenarnya hny sorg mak ja yg didik depa…salah sorg single mum yg i bangga slute sgt..moga sis sentiasa sihat dimurahkan rezeki dpjgkan umur utk lihat dpa membesar”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Rita sememangnya menjadikan pelakon ini sebagai contoh ibu tunggal yang perlu diteladani meskipun bergelar janda selama 7 tahun, namun sifat cekal dan tabah dalam menjalani kehidupan menjadikan dirinya Iebih ceria tanpa keberadaan suami disisi.

Hebat betul hot mommy ni! Semua benda boleh buat, apa yang penting diharapkan Rita dan anak-anak diberi kebahagiaan yang berpanjangan disamping menjadi keluarga yang diberkati meskipun tanpa keberadaan seorang suami disisi.

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-anak-tertidur-di-tikar-sejadah-tanpa-suami-pun-rita-rudaini-tegas-didik-2-puteranya-solat-dan-mengaji/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*