“Tak cukup ke duit Abah? Geram umur dah 70 tapi masih duk jamu org surau makan. Bila tegur abah merajuk. Tp lps dgr jwpn mak, aku terdiam.

Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Abah aku ni dah hampir 70 tahun. Pencen. Abah sangat sangat suka menjamu orang makan. Abah dan mak memang pandai masak. Tu sebab kita orang adik beradik tak ada yang kurus. Hehe.

Dulu abah ada buat katering sikit sikit tapi sebab faktor usia dan kesihatan, kami adik beradik tak benarkan abah ambil order lagi. Kami semua bekerja jadi tak ada sape yang boleh tolong Abah selain dari Mak.

Abah pulak kalau masak tempahan orang, dia suka buat lebih. Kalau orang order untuk 100 pax, abah akan lebihkan untuk 10 atau 20 orang lagi. Bagi Abah, kepuasan orang yang tempah dengan dia tu paling penting.

Sejak kami tak benarkan Abah ambil tempahan lagi, Abah mula tak senang duduk. Abah bukan la tak berduit. Abah ada pencen, ada rumah sewa dan kami adik beradik memang bagi 600 setiap orang dekat Abah.

Bagi kami tak ada perlunya Abah bersusah payah lagi untuk ambil tempahan. Cukup la Abah berehat lepas penat membesarkan kami adik beradik.

Untuk pengetahuan semua, Abah dan mak tinggal dengan aku sebab aku tak kahwin. Semua keperluan dia orang memang tersedia lengkap.

Abah mula mengurung diri dalam bilik. Cuma turun waktu makan. Sebelum PKP pertama dulu, Abah memang akan solat 5 waktu di surau.

Lepas PKP, Abah dah jarang pergi surau sebab kami tak benarkan. Tapi sejak awal tahun ni, Abah mula ke surau balik sebab ada surau baru di kawasan perumahan kami. Sangat dekat dengan rumah, tak perlu keluar dari post guard pun.

Sejak Abah mula ke surau, Abah nampak aktif balik. Tetiba satu hari Abah bagitau Mak yang Abah nak masak untuk hantar ke surau, untuk tahlil.

Hmmmm ni permulaan ye… Sejak hari tu Abah selalu masak dan hantar ke surau. Alasan Abah, orang mintak tolong.

Kami adik beradik tau Abah yang duk bagitau orang dia boleh masak. Mula mula kami bising sebab kesihatan Mak dah semakin merosot. Kenapa nak susahkan Mak lagi? Abah merajuk. Tak bertegur dengan kami.

Bulan puasa lepas Abah masak setiap hari untuk buka puasa dekat surau. Setiap hari tu la Abah kena masak dan bungkus sebab sekarang kan tak boleh makan beramai ramai.

Aku balik kerje kadang kadang rasa geram jugak. Aku cakap dengan Mak,

“Tak cukup ke duit Abah? Apa yang Abah nak beli tapi tak dapat?. Bagitau la biar kami belikan.”

Mak cakap,

“Abah buat tu semua bukan sebab tak ada duit. Duit yang orang bagi tu semua dia gunakan untuk tolong orang balik. Belikan barang untuk anak anak sedara dia yang susah. Belikan keperluan asas untuk orang yang memerlukan”.

Aku terdiam. Aku bagitau adik beradik yang lain. Kami setuju untuk benarkan Abah masak asalkan Abah happy.

Sampai saat ni Abah masih lagi masak untuk surau, walaupun tak ada orang yang tempah. Abah memang suka menjamu orang makan.

Rupanya bukan pun selalu orang tempah, tapi Abah guna duit yang kami bagi untuk bagi orang makan. Sedekah bagi pihak kami.

Allahuakbar. Patut la hidup kami mudah. Berkat sedekah yang Abah buat bagi pihak kami. Bagi Abah, dia puas dapat bagi orang makan yang sedap sedap.

Abah cakap bukan semua orang dapat nikmat makan yang sedap. Tak salah kalau kita kongsi nikmat yang kita ada.

Sejak lockdown ni, kami adik beradik akan tolong Abah siapkan makanan untuk dihantar ke rumah orang. Rezeki Abah mencurah curah. Orang hantar durian musang king, orang selit duit beratus dekat Abah, dan macam macam lagi.

Tak pernah putus orang datang hantar barang. Kalau orang bagi Abah duit, Abah akan masak dan sedekah bagi pihak orang tu pulak.

Doakan Abah aku sihat tubuh badan walaupun dah menjangkau 70 tahun. Biar ramai lagi dapat menikmati masakan Abah.

Reaksi Warganet

Capa Corp –
Sedikit renungan untuk anak anak yang ada ibu ayah yang dah tua.

Kalau boleh, jangan la kita sekat diorang buat apa apa. Selagi ianya tidak salah disisi agama dan undang undang.

Kerja kerja tu antara faktor mereka rasa mereka masih berguna dan diperlukan. Tanpa kerja tu, mereka akan rasa worthless.

Sedikit pandangan dari saya. Maaf andai salah.

Ali AB Wahab –
Aku pernah tertidur rumah nenek 80 tahun. Dia tinggal seorang diri sahaja di rumahnya. Kemudian aku terbangun dan intai nenek buat apa biasanya.

Dia duduk dan pandang kosong ke luar. Lama bukan sekejap. Biasanya nenek seorang yang aktif memasak, mengemas dan berkebun. Sebab dia makin tua sudah tidak berapa larat.

Jadi sejak hari itu, jika ada keluarga yang minta nenek buatkan itu ini, aku tak kisah sangat, walau sebelum ini aku menyampah sebab susahkan dia.

Sekurangnya dia tidak bosan tidak buat apa apa. Otak boleh kecut dan akan jadi nyanyuk. Yang penting selalulah telefon tanya khabar. Dia gembira sangat anak cucu cicit telefon.

Salina A J –
Seronok baca confession ni. Perangai orang lama memang suka masak bagi orang makan.

Macam mak akak ni lah. Cuma emak dah tua, kudrat tak kuat, jadi kami pulak kena masak untuk mak jamu orang makan. Masalahnya anak anak mak ni yang masak cuma 2 orang je terpaksa jadi kaki dapur.

Yang lain kaki sembang, memang angin dibuatnya. Dalam nak cari pahala, dapat pulak dosa sebab penat 24jam dekat dapur.

Mak pulak bila dah tahu kami penat, dia pulak nak sambung bergusti dekat dapur, membebel lah kami ni ahhh.

Conclusion kami masak apa yang larat. Kalau habis kira nasib lah siapa dapat. Siapa tak sempat merasa sebab anak anak mak pun dah masuk 4 siri, dengan bekerjaya lagi, memang letih otak dan fizikal.

Akhirnya mak akur juga lah, dan kami pujuk order foodpanda ke grab ke antar pizza untuk jamu orang yang tak dapat makan nasi.

Ruzaidah Alias –
Alhamdulillah, bagi yang suka menjamu ni memang satu kepuasan tau. Semoga ayah TT dikurniakan kesihatan yang baik dan amalan suka bersedekah ni dipanjangkan lagi.

Sedekah kadang kadang bukan bab duit atau keperluan. Beri makanan sedap, penerima gembira pun besar ganjarannya.

Nur Shahira –
Abah TT dah terbiasa bekerja, menjamu sana sini. Bila disuruh duduk saja, pastilah pasif jadinya. Biarkan dia dengan kebahagiaan dia. Asalkan tidak memudaratkan kesihatan sudah la.

Alhamdulillah. Tenang je baca confession ni.
Semoga abah dan mak TT sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa sihat dan dapat meneruskan berbakti kepada jiran jiran dan semua.

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*