“Abi Takvt Dak” – Ayah Seronok Bercerita, Tapi Reaksi Anak Pula Cvri Tumpuan Ramai

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sudah tahu ragam dan telatah mereka yang kadang kala pening kepala mahu melayannya

Semakin mereka membesar semakin banyak benda yang mahu dipelajari oleh mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ada masanya anak-anak bertanya banyak soalan kepada ibu bapa.

Ibu bapa juga haruslah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak untuk masa depan yang lebih cerah kemudian hari.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang ayah seronok bercerita dengan anak perempuannya berjaya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah syok bercerita dengan anak tentang situasi yang dialaminya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Yaya itu sedang khusyuk mendengar cerita daripada ayahnya.

Kedengaran si ayah sedang menceritakan tentang satu topik yang dialaminya kepada Yaya. Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi Yaya yang mendengar cerita daripada ayahnya itu ternyata membuatkan si ayah tidak berhenti melayan kerenah anaknya itu.

Yaya dilihat akan memberikan setiap reaksi sambil melakukan mimik muka setiap kali ayahnya bercerita kepadanya.

“Nampak betui dia sayang sungguh dekat abi dia kan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi Yaya itu. Malah, ramai juga yang memuji kecomelan Yaya ketika mendengar ayahnya bercerita.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 31.1K retweets dan 52.7K likesdi Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Comel sungguh reaksi awak ya Yaya.

Sumber : says.com/my/seismik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*