Lelaki Cari Rezeki Jual Bola Golf Terpakai, Dr Zulkifli Borong 10 Bungkus Walau Tak Pandai Main

  1. Tidak dinafikan ramai yang terjejas pendapatan susulan pandemik melanda. Lebih sukar, ada yang hilang pekerjaan sehingga terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini tular kisah mengenai sepasang suami isteri menjual bola golf terpakai di tepi jalan untuk menyara kehidupan.

 

Kisah pasangan tersebut mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turun padang menemui mereka.

 

 

 

Difahamkan lelaki bernama En. Jaafar itu menjual bola golf terpakai berdekatan Tiara Melaka Gold & Country Club demi menyara isterinya yang kelainan upaya (OKU).

 

Meskipun aktiviti golf tidak dibenarkan, pasangan itu tetap gigih mengutip sendiri bola golf di tasik berdekatan untuk dijual.

 

Menurut Dr Zulkifli, jika ada bola jatuh ke tasik berdekatan En Jaafar akan mendapatkan bantuan pihak lain untuk menyelam dan mendapatkan bola berkenaan.

Kata Dr Zulkifli lagi, beliau tidak pandai main gold namun tetap membeli 10 bungkus bola golf sebagai tanda sokongan. Harga untuk 10 biji bola golf dijual dengan harga RM20.

SUMBER: Twitter

Via https://www.facebook.com/269301935826/posts/10159763140720827/.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*