Tular durian dijual RM500 sebiji, menteri bantu kos baiki cermin kereta lelaki ini

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi menggambarkan satu situasi di mana sebiji buah durian telah jatuh dan menimpa cermin belakang sebuah kereta jenis Nissan Almera.

Itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh Wan Mahussin Wan Zain apabila cermin belakang keretanya telah pecah berikutan insiden tersebut.

Seperti perkongsian video lelaki ini di media sosial, tampil menawarkan harga durian kampung dengan kadar RM500 sebiji dan pada masa yang sama turut menjelaskan mengapa harga durian itu dijual dengan harga begitu.

Ujarnya lagi, durian tersebut ‘disifatkan’ sebagai durian istimewa kerana tidak jatuh terus ke atas tanah seperti durian-durian lain.

Assalamualaikum musim durian sudah tiba. Saya nak jual durian kampung dengan harga RM500 sebiji. Durian depan rumah kenapa harga dia RM500 satu biji sebab dia jatuh tak kena tanah, dia jatuh tak kena tanah. Sebab apa dia harga RM500 sebab dia jatuh dekat sini, harga dia sangat istimewa! Anda boleh dapatkan dengan harga RM500 sebiiji.

Durian kampung luar biasa!
Perkongsiannya secara tidak langsung berjaya menghiburkan warganet dan pada masa yang sama, mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.

Terbaru, ujar lelaki ini dia sama sekali tidak menyangka apabila mendapat panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali dan menjelaskan ingin membeli durian yang telah dipromosikannya sebelum ini.

Menteri datang beli

Apa yang lebih mengejutkan apabila durian tersebut dibeli oleh seorang individu dikenali ramai iaitu YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, yang memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Manusia. Bagaimanapun, jelas lelaki ini durian tersebut sudah pun dimakan dan tidak boleh dijual lagi.

Durian runtuh! Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

Saya jawab yang saya dah makan dan tanya Tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak, rupa-rupanya YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia. Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos. Rezeki saya hari ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*