2 kali Rina blk jumpa aku nk bg mee goreng” basah”. Aku terkaku, dpt pngilan sbnarnya Rina sudah…

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca IIUM Confession… Sebelum saya meneruskan cerita saya, marilah kita sama-sama berdoa semoga virus C0v1d19 ini cepat berakhir supaya kita dapat meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Apa yang ingin saya kongsikan bersama pembaca adalah sebuah kisah benar yang terjadi kepada diri saya sendiri.

 

Mungkin ada diantara pembaca di IIUM Confession ini adalah ‘follower’ saya jadi tidak mustahil kisah ini kalian pernah membacanya di ‘wall FB’ saya ataupun di ‘group FB’ yang pernah saya kongsi.

 

Cuma saya ‘edit’ sedikit untuk memenuhi ‘rules’ agar dapat disiarkan di ruangan IIUM Confession…

 

Tidak ada pertanyaan ataupun masalah peribadi disini. Hanya sekadar untuk berkongsi cerita dengan para pembaca untuk memenuhi masa lapang sementara pendemik c0vid19 belum tamat.

 

Kisah ini terjadi hampir belasan tahun yang lalu sebelum saya mendirikan rumahtangga. Waktu tu saya menyewa di sebuah rumah yang terletak di tengah bandar.

 

Suasana yang sibuk dari pagi membawa ke petang hingga lah ke malam memang tidaklah menjadi alasan untuk saya merasa takut andainya tinggal kseorangan di malam hari jika kawan-kawan bekerja pada shift malam atau melepak sehingga lewat lagi.

 

Untuk dijadikan cerita. Malam tu saya tinggal bersendirian di rumah manakala rakan-rakan yang lain ada urusan mereka sendiri. Ada yang keluar makan malam bersama pasangan masing-masing dan ada yang keluar bekerja.

 

Bagi diri saya yang tidak suka keluar malam, memang di rumahlah tempat saya melepaskan lelah setelah seharian bekerja.

 

Ketika itu hujan lebat turun mencurah tanpa belas kasihan. Memandangkan suasana di luar rumah yang agak bising dengan hiruk-pikuk kenderaan yang lalu lalang menjadikan keadaan tidak lah terlalu suram.

 

Sedang saya melayan mata yang belum mengantuk dengan mendengar lagu di corong radio sambil melayan hobi dengan menulis cerpen. Tiba-tiba ada suara perempuan memanggil nama saya dan mengetuk pintu bilik dengan kuat.

 

Saya keluar tanpa ada perasaan curiga kerana salah seorang kawan saya memang ada memegang kunci kedua rumah.

 

“Awal kau balik Rina…?”

 

Tegur saya apabila melihat dia yang saya gelarkan Rina terus masuk ke bilik tanpa menegur saya.

 

“Letrik tak ada, supervisor suruh balik”

 

Jawab Rina spontan lalu menutup pintu bilik.

 

“Lah.. Kau ketuk pintu aku panggil aku keluar kemudian kau masuk kurung diri dalam bilik, baik tak payah panggil. Kot nak belanja makan ke, teman makan maggi ke tak apa juga… Ni balik tangan kosong terus lepak bilik…”

 

Bebel saya lalu kembali ke bilik. Tiba-tiba pintu depan pula diketuk dengan kuat, sekali lagi nama saya dipanggil. Saya yang baru sahaja ingin melabuhkan diri kembali di tilam terus bangun dengan perasaan yang agak geram.

 

“Tu lah aku suruh buat kunci banyak sikit tak nak… Demand sangat… Fikir aku ni babu tukang buka pintu ke..”

 

Omel saya sendirian. Pintu dibuka… Saya tergamam merenung Rina yang sedang kuyup kebasahan.

 

“Hari ni cuti, elektrik terputus…”

 

Jawab Rina lembut sambil meletakkan bungkusan di meja. Kaki dan badan saya mula menggeletar kerana memikirkan siapa yang masuk ke bilik sebentar tadi.

 

“Haih… Tu mee goreng basah kegemaran kau aku beli… Upah buka pintu… Kunci rumah aku tertinggal kat locker kilang. Sorry lah ganggu kau…”

 

Saya yang kaku berdiri di sergah oleh Rina. Mungkin dia hairan kerana saya masih berdiri di muka pintu.

 

“Tadi…”

 

Saya segera memaatikan kata-kata saya bila melihat Rina membuka pintu biliknya.

 

“Apa yang tadi-tadi nyer…? Jangan cakap banyak… Makan cepat… Nanti dah kembang mee tu tak sedap…”

 

Rina yang sudah saya anggap seperti kakak itu terus hil4ng ke dalam bilik. Saya beristighfar panjang mengenangkan makhluk yang menyerupai ‘Rina’ itu tadi.

 

Awalnya memang perut saya sangat lapar, tapi oleh kerana ‘tetamu’ yang datang tadi saya menjadi kenyang dan bungkusan mee goreng basah tersebut saya simpan dalam peti.

 

Tiba-tiba telefon saya berdering. Saya segera menjawab kerana ada nombor yang tidak saya kenali sedang menari-nari di skrin telefon saya.

 

“Adik… Rina kmal4ngan… Meningg4l di tempat kejadian… Aku dah suruh Rose pergi ambil kau. Kunci bilik Rina pun ada pada Rose. Kau siap cepat datang holspital bawa barang-barang Rina. Nanti keluarga dia sampai nak bawa balik jen4zah boleh serahkan sekali nanti…”

 

Sayu suara Ara di hujung talian sana. Saya terduduk kaku diam tidak bersuara. Akhirnya saya sendiri rebah tidak bermaya…

 

Saya cuba mencari kekuatan saya untuk masuk ke bilik Rina. Rose memandang saya dengan sayu.

 

Ada telekung yang dihidai pada kepala katil dan sejadah yang masih terbentang. Cadarnya pula rapi dan kemas. Maka benarlah bukan Rina yang balik tadi.

 

“Rina… Jika kau masih ada disini, izinkan aku membuka almari kau dan menyentuh barang-barang kau yer…”

 

Bisik saya perlahan. Andai saya tahu Rina dah tiada pada kali pertama saya melihat dia pulang tadi, sudah tentu saya akan memeluknya dengan erat kerana saya pasti tidak akan bertemu dengannya lagi.

 

Jangan tanya saya tentang mee goreng basah tersebut kerana sehingga hari ini saya tidak tahu ianya wujud ataupun tidak.

 

Saya juga tidak sanggup menceritakan peristiwa Rina ‘pulang’ malam itu kepada mereka bertiga kerana bimbang jika mereka akan fikir yang bukan-bukan tentang Rina sedangkan Rina sangat baik. Saya sangat rapat dengan Rina. Skit pening saya sentiasa diambil tahu.

 

“Acik… Ni barang-barang Rina yang boleh kami bawa. Tinggal katil, tilam, rak kasut dan almari kayu jer. Nanti acik datang lah ambil dengan lori…”

 

Bisik saya kepada ibunya.

 

“Tak apa dik… Kami nak terus balik ke Kedah, kebumi Rina kat sana. Terima kasih sebab berkawan dengan anak acik. Barang-barang Rina tu, kamu ambil lah bahagi pada siapa yang nak… Acik tak nak. Acik nak bawa balik Rina jer..”

 

Ujar ibunya sambil menyapu air mata yang masih lagi menitis.

 

Malam itu, bukan sahaja Rina yang meningg4lkan rumah, termasuk saya sekali melangkah pergi.

 

Jangan tanya sambungan lagi sebab dah tak ada kerana malam itu juga saya pulang ke kampung selepas selesai jen4zah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

 

Saya meningg4lkan rumah sewa tersebut bukanlah kerana saya takut sebab dah biasa nampak benda-benda seperti ini… Cuma saya tidak boleh terima yang Rina dah tiada.

 

Ara kata, sewaktu dia tiba di tempat kejadian setelah mendapat panggilan daripada orang awam, di sisi arw4h ada mee goreng basah yang masih elok berbungkus. Mungkin Rina belikan untuk saya di rumah.

 

Sedihnya perkongsian ini, sahabat sejati sehingga hujung ny4wa. Ini antara pengalaman netizen mengenai kisah ini.

 

Ann. Kalau mengikut kajian sains…roh yg kita nampak adalah sebenarnya bentuk tenaga si maati yg sangat kuat menyebabkan kadang kala ia memunculkan diri… Sbg contoh byk kawasan2 bnuh diri dikatakan berhantu sb ada org ternampak si maati…

 

Ini di sebabkan mengikut sains ketika sblm maati.. Arw4h telah meningg4l tenaga emosi dan pemikiran yg kuat dikawasan itu…

 

Justeru tenaga itu masih tinggal di situ.. Saya ada terbaca kajian2 mistik di internet berkaitan roh2 org maati… Boleh jd dalam k3s rina.

 

. Tenaga dan pemikiran dia sblm maati telah lbh dulu sampai ke rumah excited nak balik cepat sb hujan dan nak bg mee goreng pd adik…

 

sb itulah adik nampak rina dah balik… Ini kajian sains… Kalau ikut hukum Islam tiada roh yg boleh kembali ke alam dunia kecuali dijelmakan oleh syaitan utk mengurangkan akidah manusia.. Sekadar sharing apa yg saya pernah baca…

 

Zainatul.’Ara kata, sewaktu dia tiba di tempat kejadian setelah mendapat panggilan daripada orang awam, di sisi arwal4h ada mee goreng basah yang masih elok berbungkus. Mungkin Rina belikan untuk saya di rumah’

 

im crying.. Al fatihah rina

 

Cikpuan.Al Fatihah buat arw4h Rina, kwn confessor..teringat dulu masa sy tgh berkursus & stay kat hostel pusat latihan, my parents inform atok sy meningg4l.

 

Kebetulan sebelum tu arw4h atok yg lumpuh dah lama stay kat rumah family sy (gilir2 dgn makcik/pakcik belah ayah sy..kami jaga arw4h atok).

 

Dapat berita atok meningg4l skit tua masa di bwh jagaan pakcik & wakil my family yg dapat pergi uruskan jen4zah atok hanya my parents.

 

Mlm arw4h meningg4l sy tak boleh tido & masa nak lelapkan mata..sy nampak mcm bayang2 kelibat arw4h atok sy..sayu tgh pandang sy.

 

Masa tu ada kwn sebilik pangkat akak2 perasan (dia tahu arw4h atok sy baru meningg4l), akak tu tanya kenapa? Sbb muka sy nampak pucat katanya.

 

Spontan sy bgtau..then akak tu kata..”arw4h dtg jenguk cucu dia lah tu, agaknya sbb kau antara cucu yg lama jaga dia, sedekah kan Al Fatihah utk arw4h”..katanya.

 

Rose. x seram.sejurus kita menghembus nafas yg terakhir, disaat roh keluar dr jasad kita akan dipertontonkan diri kita malah kita nampak di sekeliling kita,sahabat kita ibubapa kita yg berada di sisi kita.hadis Nabi Saw.

 

Mungkin itu roh arw4h Rina, bertuah confessor kerana confessor insan yg di ingati arw4h hingga di saat arw4h menghbuskan nafas yg terakhir…Alfatihah tuk arw4h. Buat confessor sentiasa la sedekahkan alfatiha ye..

 

Asmah. “Di sisi arw4h ada mee goreng yg terbungkus elok”..remuk hati aku baca wehhh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*