Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof bantu bayar k0mpaun lelaki ziarah…

Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan diri bagi membantu seorang lelaki yang dikenakan k0mpaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kvbur sempena Aidiladha di Jempol, semalam.

Saya nak tolong bayarkan k0mpaun

Menerusi laman Facebook, bekas pemain berusia 31 tahun itu memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut sebelum berjaya ‘menjejakinya’ beberapa jam selepas itu.

Menurut Azmeer, dia sudah menghubungi lelaki berusia 21 tahun terbabit sekali gus memberitahu hasrat murninya itu dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena sam4n tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya.
“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook bernama Syafiz Huzairi yang mengaku abang kepada lelaki itu berkongsi tangkap layar berita mengenai k0mpaun berkenaan.

Menulis dengan loghat ‘Nogori Sombilan’, Syafiz berkata adiknya itu melakukan ziarah ke kubur yang tidak jauh dari rumahnya selain bersyukur kerana ramai insan prihatin yang ingin membantu.

“Kesian adik den sorang nie kono kompaun.. ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo.. pastu bawak pulak anak buah ehh zlarah kubvr arwah omak ehh..
“Rumah dekat je, bkan rentas daerah pun.. sejengkal yo umah ehh dari kvbur.. haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk k0mpaun.. alhamdulillah ramai yang nak tolong,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, tdak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ada mengemukakan sebarang rayuan pengurangan jumlah k0mpaun di pejabat kesihatan itu atau membayar jumlah yang telah ditetapkan.

Terdahulu, memetik laporan BH Online, lelaki itu datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan tersebut sebelum dit4han oleh pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Perkvburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*